Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga pasaran jualan semula HDB naik perlahan pada 2.4%

Apr 23, 2022 | 05:30 AM



RASA tentangan daripada pembeli mungkin dapat mula dirasa, dengan harga dalam pasaran jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik pada kadar lebih perlahan sebanyak 2.4 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding 3.4 peratus bagi suku keempat tahun lalu.



Tahun lalu, pasaran jualan semula HDB berakhir tinggi, dengan harga yang meningkat sebanyak 12.7 peratus, kenaikan paling tinggi bagi seluruh tahun sejak 2010.



Pihak berkuasa juga telah memperkenal langkah penyejukan hartanah sekitar hujung tahun lalu untuk meredakan pasaran hartanah dan menggalak sikap hati-hati dari segi kewangan.



Sejak itu, harga dalam pasaran jualan semula HDB meningkat lebih perlahan dan momentum penjualan flat jualan semula HDB juga berkurangan, menurut data HDB yang dikeluarkan semalam.



Sementara harga flat jualan semula HDB terus meningkat buat suku kelapan berturut-turut, kadar kenaikan 2.4 peratus yang lebih perlahan bagi suku pertama tahun ini mungkin menandakan bahawa rasa tentangan kepada harga yang ditetapkan penjual mungkin dapat mula dirasakan, menurut penganalisis hartanah.



Naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata ini merupakan suku dengan pertumbuhan paling rendah sejak suku ketiga 2020 apabila harga naik sebanyak 1.5 peratus.



Dengan kemungkinan kenaikan kadar faedah dan inflasi yang kian meningkat, kenaikan harga flat mungkin lebih perlahan tahun ini, sedang pembeli lebih enggan membelanjakan lebih banyak bagi perumahan.



"Warga Singapura yang berpendapatan rendah hingga pertengahan, yang membentuk sebahagian besar pembeli flat HDB, mungkin lebih terjejas dengan kos sara hidup yang lebih tinggi.



"Sedang orang ramai berbelanja lebih banyak bagi keperluan asas dan memperuntuk lebih banyak wang bagi perbelanjaan lain, mereka mungkin menjadi lebih keberatan membelanjakan lebih banyak bagi flat jualan semula," ujarnya.



Hasilnya, pembeli mungkin bersikap lebih sensitif terhadap harga yang ditetapkan dan memilih perumahan lebih murah seperti unit yang lebih kecil atau unit yang terletak lebih jauh dari pusat bandar, tambah Cik Sun.



Sebanyak 6,934 flat jualan semula HDB bertukar tangan semasa suku pertama tahun ini, turun 12.7 peratus berbanding 7,940 flat pada suku keempat tahun lalu.



Urus niaga flat jualan semula bagi suku pertama tahun ini juga 8.5 peratus lebih rendah berbanding suku pertama tahun lalu apabila sebanyak 7,581 flat jualan semula HDB dijual.



Dalam pada itu, permintaan bagi flat jualan semula HDB yang berharga sekurang-kurangnya sejuta dolar, bagaimanapun, tidak terjejas.



Sebanyak 83 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada harga sekurang-kurangnya sejuta dolar bagi suku pertama tahun ini.



Jumlah ini hampir sama dengan 85 flat jualan semula HDB yang bertukar tangan pada harga itu bagi suku keempat tahun lalu.



Menurut data HDB, flat lima bilik di kawasan matang Queenstown merupakan flat jualan semula yang dijual pada harga paling tinggi bagi suku pertama tahun ini, dengan harga median $952,000, naik daripada $935,000 bagi suku keempat tahun lalu.



Ini diikuti oleh Toa Payoh, dengan harga median flat lima bilik mencapai $875,000 serta Geylang, dengan harga median flat lima bilik mencapai $856,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >