Harga petrol gred 95-octane, iaitu gred petrol popular di sini, jatuh kepada $1.99 seliter di semua stesen minyak di Singapura, kali pertama ia jatuh serendah itu dalam beberapa tahun.
Menurut laman web yang menjejak harga minyak di Singapura Fuel Kaki - yang diuruskan Persatuan Pengguna Singapura, harga petrol gred 95-octane, jatuh lima sen kepada $1.99.
Ini berbanding harganya iaitu $2.04 seliter minggu lalu, apabila penjual petrol runcit menurunkan harga lima hingga enam sen seliter berikutan harga minyak mentah yang jatuh.
Petrol paling murah, gred 92-octane kini berharga $1.95 seliter di semua stesen minyak yang menjualnya. Stesen minyak yang dikendalikan Shell dan Sinopec tidak menjual petrol gred ini.