Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga petrol kembali dalam lingkungan $3 seliter

Mar 24, 2022 | 05:30 AM



HARGA petrol telah kembali ke lingkungan $3, seminggu selepas ia turun.



Menurut penjejak harga pam Fuel Kaki, sebuah inisiatif oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case), petrol oktana 92 ialah $3.01 seliter di Caltex dan Esso, dan $2.94 di SPC.



Shell dan Sinopec tidak menawarkan gred itu, yang boleh digunakan oleh kebanyakan kereta di sini.



Untuk oktana 95, gred paling popular, harga yang disiarkan ialah $3.05 di Caltex, Esso dan Sinopec dan $3.09 di Shell. Sekali lagi, SPC adalah satu-satunya dengan kadar bawah $3 iaitu $2.98.



Untuk oktana 98, yang diperlukan untuk enjin suntikan langsung dan kereta sukan, harganya adalah lebih tinggi - $3.52 di Esso dan Sinopec, $3.58 di Shell dan $3.46 di SPC.



Harga gred itu ialah $3.71 di Caltex, $3.80 di Shell dan $3.65 di Sinopec.



Harga yang disiarkan untuk diesel ialah $2.82 di Caltex dan Esso, $2.95 di Shell, $2.81 di Sinopec dan $2.68 di SPC.



Selepas diskaun, Caltex masih mempunyai tawaran terbaik - $2.44 dengan kad OCBC Voyage, mengatasi $2.50 di SPC (semua kad yang mengambil bahagian).



Untuk oktana 95, $2.39 di Sinopec (kad OCBC) adalah yang paling rendah, tetapi ia hanya mempunyai tiga stesen di sini.



Di kalangan syarikat yang mempunyai rangkaian besar, Caltex sekali lagi mempunyai tawaran terbaik - $2.47 dengan kad OCBC Voyage. Shell adalah yang tertinggi pada $2.78 (kad UOB One) .



Untuk oktana 98, $2.77 (kad OCBC) dari Sinopec adalah yang terendah, diikuti oleh Esso pada $2.89 (kad Esso DBS) dan $2.94 dari SPC (semua kad yang mengambil bahagian).



Lonjakan itu menamatkan kelegaan singkat pada Khamis lalu apabila kebanyakan pengendali menurunkan harga oktana 92 dan 95 ke bawah $3 selepas harga minyak merosot.



Penanda aras minyak mentah Brent sejak itu telah melonjak semula, daripada AS$98 ($133) setong minggu lalu kepada AS$117 setong semasa dagangan awal semalam, sedang perbincangan mengenai larangan eksport minyak Russia timbul semula.



Harga petrol biasa di sini tidak melebihi $3 hingga tahun ini.



Minggu lalu, harga pam jatuh di bawah $3, bermula dengan Esso, yang menurunkan harganya sebanyak 10 sen secara keseluruhan.



Hingga Khamis lalu, petrol oktana 92 ialah $2.95, oktana 95 $2.99 dan oktana 98 $3.46.



Selain daripada krisis Ukraine, harga minyak global telah dirangsang oleh permintaan pengguna yang kukuh sedang dunia beralih daripada Covid-19, manakala bekalan tidak seiring dengan permintaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >