Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Harga petrol turun ke paras sebelum GST naik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Harga petrol turun ke paras sebelum GST naik

Namun, harga dijangka pada trend meningkat tahun ini
Jan 26, 2023 | 05:30 AM

HARGA petrol dan diesel turun semula ke paras sebelum kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terkini pada 1 Januari lalu, walaupun harga minyak global meningkat.

Penanda aras minyak mentah Brent kali terakhir diperdagangkan pada AS$86.56 ($113.80) setong, harga tertinggiya sejak pertengahan November tahun lalu.

Harga minyak dijangka berada pada trend meningkat tahun ini disebabkan permintaan lebih tinggi dari China, yang telah menarik balik sekatan Covid-19.

Secara ironik, China juga mengeksport lebih banyak produk petroleum, yang boleh menurunkan harga borong petrol dan diesel di Singapura.

Menurut firma penyelidikan pasaran S&P Global, pemerintah China telah menaikkan kuota eksport bagi kumpulan pertama produk minyak bertapisnya bagi tahun ini sebanyak 46 peratus.

Menurut Fuel Kaki - penjejak harga pam petrol (harga di kedai minyak) yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case) - Caltex, Shell dan SPC menurunkan harga pam sebelum hujung minggu Tahun Baru Cina, dengan potongan antara tiga sen dan lima sen seliter.

Pelarasan itu menjadikan harga jenama tersebut lebih sejajar dengan harga pradiskaun dua pengendali kedai minyak lain di Singapura, iaitu Esso dan Sinopec.

Diesel kini berharga $2.63 seliter di Sinopec dan $2.64 di tempat lain.

Bagi petrol, gred oktana 92 kini berharga $2.65 seliter di Caltex, Esso dan SPC - satu-satunya jenama yang menawarkan gred tersebut.

Petrol popular gred oktana 95 berharga $2.69 di SPC dan $2.70 di tempat lain.

Petrol gred oktana 98 berharga $3.22 seliter di Shell dan $3.17 di tempat lain; dan gred oktana 98 premium berharga $3.39 di Caltex, $3.44 di Shell dan $3.30 di Sinopec.

Perbezaan harga lebih besar selepas diskaun. Bagi petrol gred oktana 92, harganya daripada $2.17 seliter di Caltex (menggunakan kad OCBC 365) dan Esso (kad DBS Esso) hingga $2.28 di Esso (kad Citibank Cash Back dan kad OCBC lain).

Bagi gred oktana 95, harga berkisar antara $2.12 di Sinopec (kad OCBC) hingga $2.32 seliter di Esso dan Shell (pelbagai kad).

Bagi gred oktana 98, kadar diskaun berkisar antara $2.49 di Sinopec (kad OCBC) hingga $2.77 di Shell (pelbagai kad).

Pengendali kedai minyak menaikkan harga hampir serta--merta selepas kadar GST dinaikkan kepada 8 peratus pada 1 Januari lalu.

Dengan semakan terkini, harga pam kini kembali ke paras terendah sejak Januari 2022.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3