Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:56
Isyak
8:11

Harga rumah baru dijangka tidak berubah: Pakar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Harga rumah baru dijangka tidak berubah: Pakar

May 26, 2020 | 11:00 AM

HARGA flat HDB dan perumahan swasta yang akan datang dijangka tidak berubah walaupun kenaikan kos pembinaan tidak dapat dielakkan, kata penganalisis hartanah.

Pemaju mungkin menyerap kos tambahan atau meminta kontraktor untuk melakukannya, bukannya menaikkan harga hartanah, memandangkan pembeli mempunyai kelebihan dalam ekonomi yang lemah.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong, yang mempengerusikan pasukan bertindak antara kementerian bagi menangani krisis Covid-19, menyatakan pada 15 Mei lalu bahawa langkah-langkah untuk memastikan jangkitan Covid-19 kekal rendah di sektor pembinaan pasti akan meningkatkan kos untuk kontraktor.

Kontraktor secara prinsipnya akan menanggung kos tambahan ini, katanya.

Sektor pembinaan akan beroperasi semula secara beransur-ansur mulai 2 Jun, dengan mematuhi langkah-langkah jarak selamat yang ketat.

Projek akan diberi lampu hijau untuk dimulakan semula hanya apabila kontraktor menunjukkan mereka dapat melaksanakan langkah perlindungan yang diperlukan.

Pekerja binaan akan diuji secara berkala untuk Covid-19, pada selang waktu yang dicadangkan selama dua minggu.

Walaupun pada dasarnya kos akan ditanggung oleh majikan, pihak berkuasa sedang melakar bagaimana kos dapat disebarkan di antara berbagai pihak yang terlibat, walaupun mereka tidak menentukan pihaknya.

Penganalisa berkata, kos pembinaan akan meningkat kerana langkah-langkah ini, walaupun masih terlalu awal untuk melihat kesan sepenuhnya.

Penganalisa bidang hartanah, Encik Ong Kah Seng, meramalkan kos pembinaan untuk projek kondominium swasta boleh meningkat 7 hingga 10 peratus tahun ini, berdasarkan "anggaran yang cukup konservatif".

Ini diterjemahkan kepada kenaikan 2 peratus hingga 3 peratus dari harga jualan hartanah, walaupun Encik Ong menyatakan kebanyakan pemaju swasta pada umumnya sedia menyerap sebahagian besar pembiayaan ini.

Sejak bermulanya wabak awal tahun ini, kebanyakan pembeli menjadi sangat berhati-hati dan peka terhadap harga, katanya. - The Straits Times

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3