Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Harga rumah privet naik 1.1% dalam 2017

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Harga rumah privet naik 1.1% dalam 2017

Meningkat 0.8% pada suku keempat
Jan 27, 2018 | 05:30 AM

HARGA rumah privet meningkat 0.8 peratus pada suku keempat berbanding suku yang lalu, menurut perangkaan terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.

Ini bermakna bagi sepanjang 2017, harga rumah privet tumbuh 1.1 peratus berbanding penurunan 3.1 peratus pada 2016 - sekali gus mencerminkan pemulihan pasaran.

Menurut laporan URA, kenaikan itu didahului oleh hartanah tidak berhalaman, yang tumbuh 0.8 peratus pada suku berakhir Disember berbanding 0.6 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi keseluruhan tahun lalu, hartanah privet tidak berhalaman meningkat sebanyak 1.3 peratus.

Pemulihan harga bagi segmen rumah berhalaman pula lebih perlahan - naik 0.5 peratus berbanding peningkatan 1.2 peratus pada suku sebelumnya.

Harga rumah berhalaman susut 0.5 peratus bagi seluruh tahun lalu, kata URA.

URA menjelaskan pemulihan harga rumah tidak berhalaman dirangsang oleh harga rumah di sekitar kawasan pusat bandar utama - yang tumbuh 1.4 peratus pada suku keempat itu.

Ini disusuli kenaikan harga 0.8 peratus bagi rumah di luar kawasan bandar dan harga rumah di baki kawasan bandar, yang tumbuh 0.4 peratus.

Mengulas prestasi itu, Pengarah Kajian Cushman & Wakefield, Cik Christine Li, berkata pemulihan harga dalam pasaran rumah lebih luas dengan kededua segmen rumah berhalaman dan tidak berhalaman mengekalkan peningkatan harga buat dua suku berturut-turut.

"Lebih ramai pembeli kembali ke pasaran pada separuh kedua 2017, selepas mengumpul harta ketika mengambil sikap tunggu dan lihat sejak empat tahun lalu - semasa pasaran lebih lembab dan pembetulan harga berlaku," ujarnya.

Sementara itu, jumlah rumah privet dijual bagi sepanjang 2017 meningkat sekitar 52.7 peratus kepada 25,010, berbanding 16,378 unit pada 2016.

Menurut pengamat ini menunjukkan tanda pasaran yang sedang mengukuh.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3