Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Harga sayur di S’pura melonjak selepas musim tengkujuh di M’sia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Harga sayur di S’pura melonjak selepas musim tengkujuh di M’sia

Nov 25, 2021 | 08:13 PM

MUSIM tengkujuh akhir tahun di Malaysia telah menyebabkan sayur yang dijual di sini menjadi lebih mahal, dengan harganya naik hampir seganda berbanding beberapa minggu lalu.
Penjual sayur tempatan berkata kenaikan harga itu bukan di luar jangkaan, sambil menambah bahawa sayur berdaun mudah rosak akibat hujan lebat.

Seorang jurucakap pasar raya FairPrice berkata sayur lebih tahan lasak seperti timun dan peria adalah kira-kira 5 hingga 15 peratus lebih mahal, manakala harga sayur lain yang diimport dari Malaysia secara amnya kekal stabil.
Beliau berkata FairPrice akan terus memantau keadaan dengan teliti, sambil menambah bahawa rangkaian pasar raya itu pada mulanya menyerap kenaikan kos pada Oktober dan secara progresif menyesuaikan harga hanya dari awal bulan ini.
“Walaupun Malaysia merupakan sumber penting bagi bekalan sayur, kami juga dapatkan sayur dari Thailand, Indonesia, China dan dari ladang tempatan juga,” tambahnya kepada The Straits Times (ST).

Malaysia merupakan pembekal terbesar sayur di sini, menyumbang 42 peratus bekalan sayur segar dan sejuk ke Singapura pada tahun lepas.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3