Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga sewa flat HDB, kondo capai kadar tertinggi pada Apr

May 12, 2022 | 05:30 AM



HARGA sewa bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan apartmen privet terus meningkat pada April, mencapai kadar tertinggi bagi kededua pasaran sementara jumlah disewa merosot.



Kadar sewa kondominium pada bulan lalu menjangkaui kadar puncak pada Januari 2013 dengan sebanyak 1.8 peratus, sementara kadar sewa HDB menyaksikan kenaikan rekod, menurut perangkaan awal portal hartanah, 99.co dan SRX semalam.



Secara keseluruhan, kadar sewa kondominium meningkat 2.3 peratus, berbanding kenaikan 2.9 peratus pada Mac.



Kadar sewa HDB tumbuh lebih pantas, 1.9 peratus berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.



Ini merupakan 16 bulan berturut-turut kadar sewa kondominium meningkat dan 22 bulan yang berturut-turut bagi kadar sewa flat HDB.



Menurut laporan itu, kadar sewa bagi semua jenis flat di estet matang dan tidak matang mencatatkan kenaikan rekod.



Kadar sewa bagi flat tiga bilik naik 13.2 peratus, 14.7 peratus bagi flat empat bilik dan 15.1 peratus bagi flat lima bilik, berbanding April tahun lalu.



Pada Mac, sewa flat HDB melebihi kadar puncak pada Ogos 2013, dengan sebanyak 1 peratus.



Sementara itu, kenaikan kadar sewa kondominium dicatatkan bagi semua kawasan.



Berbanding April tahun lalu, kadar sewa kondominium melonjak 15.1 peratus.



Kebanyakan unit kondominium yang disewakan adalah di luar bandar, menyumbang kepada 38.1 peratus daripada jumlah keseluruhan flat disewa.



Pengamat hartanah berkata bekalan rumah sewa yang rendah dan kekurangan rumah baru disebabkan oleh penangguhan kerja pembinaan telah mendorong harga sewa kepada kadar sedemikian.



Ketua kajian dan konsultasi ERA Singapore, Encik Nicholas Mak, berkata:



"Kadar sewa di kededua pasaran HDB dan kondominium dijangka terus meningkat kerana permintaan menyewa dijangka kekal sihat, disokong oleh permintaan penduduk tempatan dan warga asing yang baru tiba."



Naib presiden kanan kajian dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, menarik perhatian bahawa kadar sewa tumbuh lebih pantas pada Mac dan April, berbanding tempoh April hingga Disember 2021.



"Kadar sewa telah melonjak sejak beberapa bulan lalu dan pasaran sudah mula merasakan tentangan.



"Lebih ramai penyewa kini menyewa unit bersama untuk berkongsi kos," tambah beliau.



Jumlah kondominium disewa merosot 21 peratus kepada sekitar 3,551 unit pada bulan lalu berbanding 4,497 unit pada Mac.



Jumlah flat disewa bulan lalu, turut menguncup sebanyak 20.7 peratus kepada sekitar 1,382 unit, berbanding 1,743 unit pada bulan sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >