Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEWA FLAT HDB TERUS NAIK

Harga sewa flat terus naik; ramai mungkin cenderung sewakan flat demi tambah pendapatan

Harga sewa untuk flat HDB kian meningkat, dengan sewa bagi kediaman sedemikian naik untuk bulan ke-24 berturut-turut pada bulan lalu. BERITA HARIAN menemu bual beberapa pemilik dan penyewa tentang bagaimana mereka menangani kenaikan harga sewa. Kami juga mendapatkan pandangan beberapa ejen hartanah untuk memahami sebab kenaikan itu dan menawarkan panduan kepada mereka yang berhasrat menyewa flat HDB
Jul 16, 2022 | 05:30 AM



LEBIH ramai rakyat Singapura mungkin cenderung menyewakan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mereka untuk menambahkan pendapatan mereka sedang harga sewa bagi kediaman sedemikian semakin meningkat.



Begitulah pendapat beberapa ejen hartanah yang ditemu bual Berita Harian (BH) semalam yang meramalkan harga sewa akan terus meningkat sepanjang tahun ini.



Ini menyusuli laporan terkini daripada 99.co dan SRX Property yang dikeluarkan kelmarin - menunjukkan kenaikan harga sewa bagi kebanyakan unit flat HDB mencapai rekod tertinggi bulan lalu.



Peningkatan harga sewa bagi flat HDB telah meningkat untuk bulan ke-24 berturut-turut.



Beberapa ejen hartanah yang dihubungi mengaitkan kenaikan harga sewa flat HDB itu didorong permintaan yang tinggi sejak sempadan dibuka dengan lebih ramai pekerja asing kembali ke Singapura untuk bekerja serta pelajar asing yang datang untuk belajar di sini.



Pengamat: Harga sewa diramal terus naik hingga akhir tahun



Ejen hartanah yang dihubungi Berita Harian (BH) semalam juga berkata mereka menerima lebih banyak pertanyaan daripada rakyat Singapura mengenai cara menyewakan flat HDB sejak beberapa bulan yang lalu dan mereka menjangkakan harga sewa flat HDB akan kian meningkat sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini.



Menurut Pengarah Bahagian dari Singapore Realtors Inc (SRI), Encik Fai Muni, pasaran sewa juga meningkat akibat permintaan bagi menyewa flat HDB masih pada kadar yang tinggi sejak sempadan dibuka dan lebih pekerja asing yang ke Singapura untuk bekerja serta para pelajar asing yang datang untuk belajar disini.



"Peningkatan peluang pekerjaan di Singapura bagi pekerja-pekerja asing telah mendorong permintaan sewa untuk flat HDB dan meningkatkan harga sewa flat HDB.



"Kini kelihatan juga lebih ramai pemilik flat HDB yang bertanya mengenai sewaan rumah mereka mungkin kerana mereka melihat peluang untuk mendapatkan pendapatan pasif dari peningkatan harga sewa HDB," ujar beliau yang mempunyai kepakaran dalam penjualan dan penyewaan flat HDB.



Hal ini turut disetujui oleh Pengarah Cawangan Bersekutu, Propnex, Cik Rozi Faith Nazer, 41 tahun, yang turut menyatakan bahawa ada kelihatan peningkatan dalam pemilik HDB yang ingin mengambil peluang ini sebagai satu pelaburan.



"Ada juga beberapa pasangan yang memilih untuk tinggal bersama ibu bapa mereka dan menyewakan rumah mereka, ada juga yang membeli rumah kondominium dan menyewakan flat mereka dan ada juga yang belum berkahwin yang membeli rumah HDB dan menyewakan bilik-bilik di rumah mereka.



"Dari sudut pandangan seorang ejen hartanah, perniagaan penyewaan rumah HDB dan juga kondominium telah berjalan dengan rancak dan saya seringkali boleh mendapatkan harga sewa yang lebih daripada apa yang dijangkakan oleh pelanggan saya akibat permintaan yang lebih tinggi dan jumlah rumah yang lebih rendah yang tersedia untuk disewa," ujar beliau.



Dalam laman web HDB, harga sewa bulanan bagi flat tiga bilik HDB adalah di antara $1,650 hungga $2,300, naik daripada $1,800 hingga $2,800, dalam tempoh masa sama tahun lalu.



Beberapa ejen hartanah yang dihubungi berkata harga ini boleh meningkat lagi antara $100 hingga $700 sebulan jika permintaan terus meningkat dan ia juga akan bergantung kepada kadar inflasi.



Laporan terkini daripada 99.co dan SRX Property yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan bahawa harga sewa bagi kebanyakan unit flat HDB diramalkan terus meningkat sepanjang tahun ini dengan harga sewa bulan lalu meningkat untuk bulan ke-24 berturut-turut.



Harga sewa bagi Jun tahun ini meningkat 2.3 peratus berbanding Mei tahun ini, dengan kenaikan di kedua-dua estet matang dan bukan matang bagi semua jenis bilik.



Namun demikian, jumlah unit flat yang disewakan setiap bulan turun dari tahun lalu.



Laporan itu juga menyatakan bahawa jumlah flat disewa turun sebanyak 23.9 peratus dari Jun tahun lalu dan turun 0.8 peratus dari Mei tahun ini.



1,832 flat HDB telah disewakan pada bulan Jun tahun lalu berbandingkan 1,395 yang diramalkan di sewa pada Jun tahun ini.



Menurut Ketua Penyelidikan dari 99 Group, Encik Pow Ying Khuan pula, kenaikan jumlah flat HDB yang di sewa di estet-estet bukan matang meningkat ke 3.1 peratus dan ini adalah lebih separuh daripada jumlah estet matang yang mempunyai peningkatan 1.5 peratus pada bulan lalu.



Beliau juga menyatakan bahawa semua jenis bilik flat HDB yang disewa mempunyai kenaikan hampir sama rata.



"Kenaikkan yang lebih ketara di estet bukan matang berkemungkinan kerana lebih ramai penyewa yang mencari rumah yang mempunyai kemudahan dan persekitaran yang lebih baru," ujar beliau.



Namun, menurut Cik Christine Sun, Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik di OrangeTee & Tie, peningkatan harga sewa yang dianggarkan naik secara berterusan akan memberi kesan kepada para penyewa serta pemilik rumah HDB.



"Pengukuhan dolar Singapura boleh merendahkan kemampuan sesetengah warga asing, yang mungkin beralih untuk menyewa unit yang lebih kecil atau berpindah lebih jauh dari pusat bandar," ujar beliau.



Encik Fai Muni juga menyatakan bahawa peningkatan harga sewa yang berterusan mempunyai kesan yang negatif bagi penyewa terutama sekali bagi mereka yang memerlukan tempat berteduh dan terpaksa membayar harga sewa yang tinggi.



"Buat masa sekarang para penyewa tidak ada banyak pilihan kerana bekalan rumah HDB yang ada untuk disewa masih tidak mencukupi untuk menampung bilangan penyewa yang semakin ramai.



"Ada penyewa juga akan memilih mahu mengorbankan keselesaan mereka dan menyewa rumah yang lebih kecil ataupun kongsi sewa bersama rakan-rakan mereka untuk mengurangkan kos kehidupan mereka," ujar beliau.



Menurut HDB terdapat pelbagai syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum pemilik dibenarkan menyewakan flat.



Antaranya ialah pemilik flat adalah warga Singapura dan bukan penduduk tetap.



Pemilik juga perlu memenuhi tempoh pendudukan minimum selama lima tahun sebelum boleh menyewakan flat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >