Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga susu tepung lebih mahal - naik purata 120% dalam 10 tahun

Mar 24, 2017 | 08:52 AM



HARGA susu tepung bayi terus naik, namun para ibu bapa berkata mereka tiada pilihan dan terpaksa membelinya.



Selepas naik lebih dua kali ganda antara 2004 dan 2014, purata harga satu tin 900g telah meningkat lagi 10 peratus lagi dalam tempoh dua tahun lalu, menurut perangkaan Jabatan Statistik Singapura.



Sepanjang sedekad lalu, harga purata satu tin meningkat dari $ 25.42 kepada $56.06 - naik sekitar 120 peratus.



Ini melebihi paras kenaikan harga produk tenusu lain.



Kos susu segar misalnya naik 6.8 peratus kepada $2.81 sementara harga telur naik 28 peratus kepada $2.17.



Seorang bayi boleh minum tiga atau empat tin 900g sebulan. Ini bermakna membelanjakan sekitar $150 sebulan bagi susu anak.



Encik Melvin Wu, 34 tahun, yang mengendalikan portal keibubapaan tempatan Babyment, memberitahu The Straits Times bahawa beliau terkejut apabila mendapati pada bulan ini bahawa beliau membayar kira-kira 25 peratus lebih banyak bagi susu tepung Similac Stage 3 bagi dua anak kecil, berbanding empat tahun lalu semasa membelinya untuk anak sulungnya, kini lima tahun.



Beliau memeriksa jenama popular lain seperti Friso, Nan H.A., S26, Mamil dan Enfamil dan mendapati harga juga juga naik.



Ketika ditanya, syarikat susu tepung Abbott, Nestle, Mead Johnson dan FrieslandCampina, apabila ditanya mengenai harga yang melompat, berkata ia ada kaitan dengan penyelidikan dan pembangunan bagi meningkatkan formula, di samping kos penghasilannya. Dumex tidak menjawab pertanyaan.



Untuk membantu mengimbangi kenaikan harga, semua lima majlis pembangunan masyarakat dan Yayasan NTUC FairPrice bersama-sama membiayai skim susu $1.5 juta bulan lalu, memberi 7,500 keluarga berpendapatan rendah baucar membeli susu tepung.



Rangkaian pasar raya FairPrice, Giant dan Sheng Siong berkata bahawa menawarkan pelbagai formula susu, termasuk pilihan lebih murah. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >