Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga telur pula sudah merosot

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



HARGA telur di Singapura sudah merosot, sejak harganya naik beberapa bulan lalu akibat kos logistik yang lebih tinggi dan peningkatan keseluruhan inflasi sedunia.



Berdasarkan laporan Berita Harian (BH) pada Mac, sebanyak 30 biji telur berharga $7.20 di pasar raya seperti Sheng Siong dan Fairprice.



Kini, harga 30 biji telur turun kepada $6.55 melalui tinjauan oleh BH di pasar raya yang sama pada Isnin lalu.



Encik Sng Kaijun, pengarah syarikat Dasoon Eggs, yang membekal sekitar 700,000 biji telur setiap hari di Singapura, berkata:



"Saya rasa para pembekal sudah sesuaikan diri dengan tambahan kos logistik yang baru, oleh itu harga telur dapat turun sedikit."



Menurut Encik Sng, perang di Ukraine turut menyumbang kepada kenaikan kos makanan ayam dan pengangkut secara mendadak pada Mac lalu.



Pemilik syarikat Ang Seng Eggs Supplier, Encik Sam Ang, berkata bahawa harga telur juga terjejas kerana wabak virus burung, 'Newcastle', yang menyebabkan bekalan telur dari Singapura merosot beberapa bulan lalu, sudah dapat dikawal.



Beliau menambah bahawa permintaan yang lebih rendah untuk telur semasa cuti sekolah mungkin juga menyumbang kepada kemerosotan harga telur baru-baru ini.Encik Ang berkata: "Gerai makanan yang dibuka berkurangan sewaktu tempoh cuti, terutama sekali di sekolah-sekolah. Jadi, permintaannya lebih rendah, dan harga telur agak murah buat masa ini."



Walaupun harga telur sudah stabil, Encik Ang yang sudah menjual telur selama 30 tahun berkata harganya akan kekal pada sekitar $6.50 hingga $7 untuk 30 biji buat sementara ini.



Beliau berkata ini kerana penjual telur di Singapura terpaksa menjual bekalan telur lebihan dari negara jauh, seperti Poland atau Australia, yang harganya lebih mahal sedikit jika dibandingkan telur dari Singapura atau Malaysia.



Encik Ang menjelaskan bahawa penjual telur di Singapura mendapatkan telur dari tiga sumber utama, iaitu dari Singapura, Malaysia dan negara ketiga pilihan masing-masing.



Terdapat kuota bagi setiap tiga sumber yang tidak boleh dilampaui.



"Telur dari negara ketiga biasanya lebih mahal sedikit kerana terdapat banyak kos tambahan seperti kos pengangkutan dan kos untuk memelihara telur tersebut hingga ia sedia untuk dijual," kata Encik Ang.



Beliau menambah: "Kami perlu menjual telur dari sumber negara ketiga dahulu sebelum membawa masuk lebih banyak telur dari Malaysia dan sumber lain yang lebih murah."



Namun begitu, Encik Sng dan Encik Ang berkata rakyat Singapura tidak perlu risau tentang perubahan mendadak dalam harga telur buat masa ini.



Encik Sng berkata: "Saya rasa harga telur kini kekal dan tidak akan berubah secara tiba-tiba. Kami sudah sesuaikan diri dengan kos logistik baru dan bekalan telur mencukupi."Encik Ang pula berkata: "Kami sebagai penjual akan memastikan bekalan telur mencukupi. Kami ada pelbagai sumber untuk mendapatkan telur."



Encik Ang berharap rakyat Singapura tenang dan sabar mengharungi kenaikan harga telur buat masa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >