Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga telur terus meningkat

Oct 21, 2014 | 04:02 PM



HARGA telur segar di sini terus meningkat apabila bekalan semakin kurang, selepas satu lagi ladang di Malaysia dihentikan bulan lalu - yang ketiga dalam tempoh enam bulan - dari mengeksport telur ke Singapura.


Ketiga-tiga ladang yang digantung menyumbang kurang dari 8 peratus daripada jumlah keseluruhan bekalan telur ke Singapura tahun lalu iaitu sebanyak 1.68 billion biji telur.


Dalam tempoh tiga minggu yang lepas sahaja, beberapa rangkaian pasar raya telah menaikkan harga telur beberapa kali, lapor laman Today Online hari ini.


Telur yang dijual di pasar raya NTUC FairPrice, kini berharga antara S$1.95 dan S$5.70 untuk satu bungkus, meningkat daripada antara S$1.90 dan S$5.55 pada akhir bulan lalu.


Seorang jurucakap FairPrice berkata harga telur telah meningkat kira-kira 12 peratus dalam tempoh enam bulan setengah yang lalu kerana "sebab-sebab tertentu seperti kurangnya bekalan dan juga keadaan ekonomi".


Harga telur di pasar raya Giant juga telah meningkat kira-kira 4 hingga 7 peratus dalam tempoh tiga hingga empat bulan lalu, kata seorang jurucakap Dairy Farm Group.


Bulan lalu, Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) telah menggantung ladang Charoen Pokphand Jaya setelah telur mereka didapati mengandungi Salmonella Enteritidis - bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.


Kedua-dua ladang yang lain, Chong Nam Ne dan Teo Seng Farm 8, telah digantung pada bulan Mac dan Julai.


Kira-kira tiga suku daripada bekalan telur Singapura diimport dari Malaysia tahun lepas, sementara yang lain dihasilkan dalam negara.


Pada masa ini terdapat 20 ladang ayam Malaysia yang diluluskan oleh AVA.


Encik Tan Lau Huah, ketua Persatuan Perdagangan Import/Eksport Telur, berkata harga mula naik sekitar bulan Ogos, selepas ladang kedua dihentikan, dan telah meningkat tiga kali sejak itu.


Harga borong kini berada di rekod tinggi iaitu hampir S$2.40 sedozen.


"Kami menghadapi kenaikan kos yang lebih tinggi dari pembekal kami di Malaysia dan permintaan telah meningkat kerana musim perayaan bulan ini, jadi kita tiada pilihan selain untuk menaikkan harga," katanya.


Encik Tan menjangka harga tidak akan berubah untuk dua minggu yang akan datang kerana permintaan mungkin surut hanya selepas Deepavali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >