Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

COE: Harga kategori Terbuka cecah paras rekod $110,524

COE
Jul 07, 2022 | 05:30 AM

HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) mencecah paras rekod tertinggi sepanjang masa sebanyak $110,524 dalam kategori Terbuka apabila tender terbaru ditutup semalam.

Premium bagi COE kategori Terbuka, yang biasanya digunakan untuk kereta lebih besar, meningkat 5.9 peratus daripada $104,400 pada tender lalu.

Rekod sebelum ini ialah $110,500, yang dicatat pada 1994.

Harga juga meningkat merentas semua kategori lain.

COE untuk kereta dengan enjin lebih kecil daripada 1,600cc dan 130bhp, dan kenderaan elektrik (EV) penuh dengan kuasa hingga 110 kilowatt meningkat daripada $74,989 kepada $78,001 - peningkatan sebanyak 4 peratus.

Bagi kereta dengan enjin lebih besar serta EV yang lebih berkuasa, harga COE-nya ialah $107,800, naik 1.7 peratus daripada $106,001.

COE motosikal meningkat daripada $10,302 kepada $10,889, peningkatan sebanyak 5.7 peratus.

COE kenderaan komersial naik 1.9 peratus daripada $53,002 kepada $54,001.


HARGA TERKINI COE

Kategori A (Kereta 1,600 cc dan lebih rendah):

- Harga sekarang: $78,001

- Harga sebelum ini: $74,989

Kategori B (Kereta ke atas 1,600cc):

- Harga sekarang: $107,800

- Harga sebelum ini: $106,001

Kategori C (Kenderaan barangan dan bas):

- Harga sekarang: $54,001

- Harga sebelum ini: $53,011

Kategori D (Motosikal):

- Harga sekarang: $10,889

- Harga sebelum ini: $10,302

Kategori E (Terbuka):

- Harga sakarang: $110,524

- Harga sebelum ini: $104,400

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3