Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga, transaksi flat jualan semula jatuh lagi bulan lalu

Feb 04, 2016 | 11:41 AM



HARGA jualan semula dan transaksi bagi flat HDB jatuh sekali lagi bulan lalu, melambatkan lagi harapan pasaran menjadi stabil.


Harga di kedua-dua estet, matang dan belum matang, jatuh 0.5 peratus pada Januari daripada Disember, menurut data terkini daripada SRX Property.


Selepas enam bulan harga merangkak naik, ini menandakan kejatuhan pertama dalam indeks bulanan sejak Julai tahun lepas, kata SRX Property.


Harga merosot 11.1 peratus sejak memuncak pada April 2013, dan 1.3 peratus daripada setahun lalu.


Kejatuhan bulan lalu diketuai harga flat tiga dan empat bilik, yang masing-masing jatuh 0.5 peratus dan 1 peratus.


Harga flat lima bilik dan eksekutif, bagaimanapun, naik, masing-masing 0.2 peratus dan 1.4 peratus.


Bilangan transaksi juga berkurangan sedikit. Sebanyak 1,286 flat dijual bulan lalu, berbanding 1,407 pada Disember.


Ini bermakna jumlah jualan semula berkurangan 64.8 peratus daripada kemuncaknya sebanyak 3,649 pada Mei 2010.


Secara keseluruhan, flat jualan semula yang diperniaga bulan lalu dijual $1,000 di bawah nilai pasaran, atau nilai-X.


Flat di Bishan dijual $19,000 lebih tinggi daripada nilai-X.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >