Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Hargai peluang yang diberi untuk pimpin bilik berita

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PERSARAAN EDITOR BH/BM SAAT A. RAHMAN

Hargai peluang yang diberi untuk pimpin bilik berita

Saat A. Rahman bakal bersara sebagai editor akhbar BH, serahkan kepimpinan kepada Nazry Mokhtar mulai 1 Jun
May 26, 2023 | 07:24 AM

SEMASA beliau menyertai SPH pada 1988, tidak terlintas di fikiran Encik Saat A. Rahman bahawa beliau akan suatu hari kelak menggalas tanggungjawab sebagai Editor Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM).

Bermula sebagai seorang wartawan di BH, beliau menaiki tangga kerjayanya sebagai Editor Berita pada 1999 sebelum memimpin BH sebagai Editor pada Oktober 2012.

Kini, setelah hampir 35 tahun berkhidmat sebagai kakitangan akhbar – bermula semasa akhbar ini di bawah syarikat Singapore Press Holdings (SPH) sebelum ini dan kini dikenali sebagai SPH Media – Encik Saat, 62 tahun, bakal bersara.

Mengimbas kembali perjalanannya di SPH Media, Encik Saat berkata ia dipenuhi kenangan pahit manis lagi berliku.

Meskipun beliau pada mulanya keberatan untuk menerima jawatan tersebut, beliau tetap berusaha untuk memberi yang terbaik, bagi BH, para pembacanya dan masyarakat Melayu/Islam secara umum.

“Apabila saya diminta menggalas jawatan Editor pada 2012, saya keberatan kerana saya faham cabarannya, terutama sekali dari segi sumber-sumber bilik berita. 

“Tetapi, ketua editor ketika itu, Encik Patrick Daniel, menggalak saya untuk menyahut cabaran itu,” kata Encik Saat.

Antara cabaran yang dihadapinya tidak lama selepas beliau menjadi Editor, termasuk penstrukturan semula tenaga kerja di BH, yang melihat beberapa kakitangan terpaksa diberhentikan secara bertahap, sebagai sebahagian langkah strategik kepimpinan SPH ketika itu.

Baginya, ia adalah detik yang amat pahit kerana terpaksa melepaskan kakitangan yang telah banyak berbakti kepada bilik berita.

“Dari lebih 70 kakitangan, bilangannya turun ke sekitar 40. Walhal pada masa itu, banyak yang masih perlu kita lakukan, termasuk dari segi pendigitalan. Tetapi, kita tetap cuba sedaya upaya untuk memenuhi misi kita,” ujar Encik Saat.

Dengan perubahan SPH menjadi sebuah syarikat awam berhad yang dijamin (CLG) pada Disember 2021 dan dinamakan SPH Media, beliau kini gembira kerana dapat menarik lebih ramai wartawan muda selain beberapa kakitangan mapan yang kembali menyertai BH.

“Selepas peralihan kepada CLG, kita dapat secara beransur menambah bilangan wartawan BH kepada sekitar hampir 50, walaupun tidak sama dengan saiz bilik berita BH dahulu.

“Lebih penting, kini kita juga mempunyai lebih ramai bakat kewartawanan muda yang saya yakin, berupaya memenuhi selera pembaca muda,” tambahnya.

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran selama beliau menyandang jawatan sebagai Editor sejak 2012, beliau telah mempelopori era pendigitalan bilik berita untuk mendekati lebih ramai pembaca, dan meluaskan audiens akhbar ini.

Sepanjang memimpin BH, beliau telah menyegarkan semula jenama dan laman web BH ke BeritaHarian.SG, yang kini, menikmati kira-kira 900,000 kunjungan setiap bulan.

Selain kandungan editorial, laman tersebut juga menyediakan beberapa ciri menarik termasuk Peta Makanan Halal dan fungsi penterjemahan.

Encik Saat juga telah menyelia pelancaran podcast #NoTapis pada 2018 – eksperimen pertama BH dalam kandungan audio. Sejak itu, #NoTapis telah melancarkan hampir 300 episod, dan menikmati lebih 150,000 jumlah muat turun.

Dengan pengunduran Encik Saat, Timbalan Editor, Encik Nazry Mokhtar akan dilantik Editor mulai 1 Jun untuk meneraju usaha transformasi digital akhbar ini.

Mengenang perjalanannya di BH, Encik Saat berkata beliau terhutang budi kepada pemimpin-pemimpin lama yang telah memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat dalam bidang kewartawanan, sehingga dapat menggalas jawatan tertinggi dalam bilik berita akhbar ini.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Encik Mah Bow Tan (mantan Menteri) yang pada awal 1980-an merupakan ‘bos’ di akhbar The Singapore Monitor. Beliau memberi peluang untuk saya memasuki bidang kewartawanan, walaupun pada masa itu, saya tidak ada ijazah universiti.

“Saya juga masih ingat sumbangan mantan editor BH, Encik Zainul Abidin Rasheed (mantan Menteri Negara Kanan) yang membawa saya masuk ke BH pada lewat 1980-an,” tambah Encik Saat.

Selepas melepaskan jawatannya bersama BH, Encik Saat dilantik Konsultan Kanan (Projek Khas) di BH.

Encik Saat juga akan terus memikul peranan sebagai Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3