Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hargai pengorbanan, usaha atlet S’pura di Sukan Olimpik: Presiden Halimah Yacob

Jul 30, 2021 | 10:32 AM




PRESIDEN Halimah Yacob pada Jumaat (30 Julai) berkata warga Singapura harus menghargai pengorbanan serta memahami tekanan dihadapi para atlet negara untuk bersaing di kejohanan antarabangsa.





Beliau menyatakan bertanding di 'Sukan Olimpik bukan satu perkara yang mudah untuk dicapai'.



Puan Halimah menyatakan demikian berikutan komen dan mesej kurang sensitif yang dilihat ditulis di media sosial selepas satu-satunya juara Sukan Olimpik Singapura Joseph Schooling terkandas di saringan kupu-kupu 100 meter lelaki pada Khamis dan sekali gus gagal mempertahankan pingat emas yang diraihnya di Rio 2016.



Dalam posnya di Facebook pada pagi Jumaat ini, Puan Halimah berkata:



“Kita harus menghargai pengorbanan besar dan tekanan yang atlet kita perlu lalui. Dan Sukan Olimpik bukan satu perkara yang mudah untuk dicapai. Mereka bersaing menentang antara atlet terbaik dunia tetapi mereka tetap cuba melakukan yang terbaik mereka. 



“Paling tidak, apa yang dapat kita lakukan adalah menghargai usaha mereka dan terus menggalak dan menyokong mereka. Saya gembira masih ramai warga Singapura yang melakukan sedemikian, dan saya mengucapkan terima kepada mereka.”



Puan Halimah meluahkan rasa sedih terhadap mereka yang bersikap tidak bertimbang rasa.



“Pada satu ketika, kita mengangkat seseorang dengan tinggi dengan kata-kata kita, tetapi di saat berikutnya, kita menjatuhkan mereka hanya kerana mereka gagal memenuhi harapan kita.



“Kita tanpa henti bercakap tentang membangunkan masyarakat yang baik budi, tunjukkan belas kasihan dan penyayang sebab kita percaya bahawa sebuah masyarakat berkembang maju bukan hanya berdasarkan pertumbuhan ekonomi sahaja. Sangat mudah untuk mengatakan nilai-nilai ini, tetapi jauh lebih sukar untuk mempraktikkannya. Kita akan sentiasa diuji, sama seperti dalam kejadian ini.



“Oleh itu, mari kita bersikap baik hati. Sokong atlet kita dengan sepenuh hati. Mereka sedang melakukan yang terbaik,” tambah Puan Halimah.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >