Hargai relawan di Larian Obor Sukan SEA
Jun 05, 2015 | 05:30 AM
SATU acara Larian Perarakan Obor telah berlangsung di kawasan Marina Bay semalam, sempena Sukan SEA ke-28 yang akan dibuka tirai hari ini.
Pelbagai aktiviti berlangsung, antaranya penyalaan api Sukan SEA oleh dua pelari ultramaraton setempat, Encik Yong Yuen Cheng, 43 tahun, seorang guru, dan Encik Lim Ngee Huat, penerbit media, 61 tahun, yang berjaya menamatkan larian 50 kilometer sehari selama 50 hari.