Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Hargai usaha dengan kopi, teh

Feb 22, 2020 | 05:30 AM



SUKARELAWAN daripada Ya Kun Kaya Toast dan DDB Group Singapore telah mengagihkan kopi dan teh kepada kapten bas dan kakitangan MRT Laluan Downtown (DTL) semalam sebagai tanda penghargaan di atas usaha mereka dalam pencegahan penularan wabak koronavirus.



Ini merupakan usaha oleh dua kawan - pengarah penjenamaan dan pembangunan pasaran Ya Kun Kaya Toast, Encik Jesher Loi, 34 tahun, dan timbalan presiden DDB Group Singapore, Encik Jeff Cheong, 43 tahun - dalam mengenang jasa kakitangan barisan pertama.



Sebanyak 2,020 cawan teh telah diagihkan kepada mereka.



''Kami melihat limpahan penghargaan kepada pekerja penjagaan kesihatan, dan kami juga ingin menghargai kakitangan barisan pertama lain yang saya rasa belum cukup dipuji, seperti pemandu bas, pekerja MRT, pembersihan dan pekerja di pasar raya,'' kata Encik Cheong ketika dihubungi Berita Harian (BH).



''Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan mendekati pelbagai lapisan masyarakat dan juga menyediakan wadah bagi orang ramai untuk berkongsi dan menjadi relawan bersama kami untuk inisiatif ini,'' kata Encik Loi.



Antara sukarelawan yang terlibat dalam pengagihan kopi dan teh di Pusat Pertukaran Bas Tampines itu adalah pengurus perkhidmatan kreatif DDB Group, Encik Farhan Wahab, 33 tahun.



Beliau berkata: ''Saya mungkin tidak berada di barisan hadapan tetapi saya menghargai jasa pekerja barisan hadapan, terutamanya mereka di penjagaan kesihatan.



''Ini juga merupakan satu peringatan bagi saya agar sentiasa bersyukur dan memberi saya tujuan untuk hidup.''



Kakitangan yang telah menerima kopi dan teh daripada sukarelawan ini juga telah melahirkan perasaan terharu terhadap usaha mereka.



Penolong pengurus stesen Downtown Tampines East, Encik Hang Al Nur Amin, 36 tahun, berkata:



''Sudah tentu, kami ada lebih tugas sekarang untuk mencegah penularan virus ini, tetapi ini semua langkah yang perlu.



''Oleh itu, saya dan kakitangan pengangkutan awam lain berasa syukur dan terharu atas inisiatif ini.



''Ada orang mungkin berkata ia hanya teh dan kopi, tetapi penghargaan itu lebih bermakna bagi saya.''

 




"Kami melihat limpahan penghargaan kepada pekerja penjagaan kesihatan, dan kami juga ingin menghargai kakitangan barisan pertama lain yang saya rasa belum cukup dipuji, seperti pemandu bas, pekerja MRT, pembersih dan pekerja di pasar raya."
- Encik Jeff Cheong, timbalan presiden DDB Group Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >