Hari aRWSome dekati masyarakat
Resorts World Sentosa anjur Hari Sukarela dalam usaha terbesar penuhi tanggungjawab sosial korporat
May 02, 2017 | 05:30 AM
LEBIH daripada 240 pekerja dan pengurusan kanan daripada Resorts World Sentosa (RWS) berganding bahu membersihkan serta mencantikkan lebih 30 unit sewa satu dan dua bilik di sekitaran divisyen Clementi baru-baru ini.
Dinamakan Hari Sukarela aRWSome, ia merupakan usaha terbesar RWS sejauh ini untuk mendekati masyarakat.