WARGA Singapura boleh menikmati tujuh hujung minggu 'panjang' pada 2020, tiga hujung minggu lebih tinggi berbanding dua tahun lalu.
Empat daripada 11 hari cuti umum pada tahun depan jatuh pada Jumaat. Lagi tiga jatuh pada Ahad, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (8 April).
Hari cuti yang jatuh pada Jumaat adalah Good Friday pada 10 April, Hari Pekerja pada 1 Mei, Hari Raya Haji pada 31 Julai dan Krismas pada 25 Disember.
Tahun Baru Cina, pada 26 Januari, Hari Raya Puasa, pada 24 Mei dan Hai Kebangsaan, pada 9 Ogos, jatuh pada Ahad. Bagi hari cuti umum yang jatuh pada Ahad, Isnin selanjutnya diperuntuk sebagai hari cuti umum.
Senarai hari cuti umum bagi 2020 boleh dibaca di laman web MOM.