Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Ibu: Jia Jia semakin selesa menjadi ibu 

May 08, 2022 | 02:57 PM



Apabila Jia Jia menjadi ibu pada 14 Ogos tahun lalu, pegawai penjagaan haiwan, Cik Trisha Tay dan pasukannya di River Wonders yakin bahawa panda itu akan menjadi ibu yang baik. 



Beberapa minit selepas melahirkan Le Le, Jia Jia mengangkat anaknya itu dengan lembut serta mendukung dan menjaganya. 



Walaupun kelihatan letih setelah bersalin, Jia Jia tetap prihatin terhadap tangisan anak pandanya itu.



Mengimbas kembali kali pertama dua beranak itu memasuki kawasan pameran zon Hutan Panda Gergasi di taman itu pada 10 Mac, Cik Tay yang mengetuai pasukan panda berkata Jia Jia sering mengekori dan memantau Le Le. 



Sejak itu, Le Le yang amat aktif telah belajar daripada ibunya tentang kemahiran bertakat yang penting seperti memanjat pokok. 



Tambah Cik Tay, keakraban hubungan ibu dan anak panda itu amat terserlah, dan mereka berdua suka bermain bersama. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >