Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Kebangsaan disambut kecil tapi penuh makna

600 peserta berseragam sertai NDP di platform terapung Marina Bay, lagi 200 secara maya
Aug 10, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-56 di tengah-tengah sekatan ketat bagi mengekang penularan Covid-19 di sini, dengan istiadat perbarisan berskala kecil di platform terapung Marina Bay semalam.



Perbarisan pagi semalam membariskan seramai 600 peserta berseragam.



Ia juga secara maya disertai oleh lagi 200 peserta daripada sembilan kumpulan seragam belia dan 12 organisasi sosial dan ekonomi dalam segmen yang dirakam terdahulu, iaitu pertama kali dalam sejarah Perbarisan Hari Kebangsaan.



Perbarisan selama 45 minit itu dibuka dengan kontinjen seragam berarak ke platform sambil mematuhi langkah keselamatan - termasuk memakai pelitup dan mengekalkan jarak selamat satu meter antara anggota dalam kontinjen yang sama.



Ini tahun kedua negara mengadakan sambutan Hari Kebangsaan di tengah-tengah pandemik.



Seramai 100 penonton menghadiri sambutan semalam, yang terdiri daripada Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Kabinet, Anggota Parlimen dan "wira harian" - warga Singapura yang telah berkhidmat di barisan depan atau tampil menjadi relawan masyarakat semasa pandemik.



Istiadat perbarisan diumumkan pada 22 Julai lalu sebagai upacara untuk meraikan Hari Kebangsaan pagi semalam selepas Perbarisan Hari Kebangsaan - yang biasanya diadakan pada waktu petang - ditangguhkan kepada 21 Ogos, setelah berakhirnya Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 18 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >