Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Hari Kebangsaan meriah disambut pekerja migran

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Hari Kebangsaan meriah disambut pekerja migran

Aug 30, 2021 | 05:30 AM

ADA yang bergaya merakamkan gambar di sudut foto dan ada juga yang begitu seronok mencuba senaman yoga yang mententeramkan fikiran.

Inilah yang dilakukan oleh para pekerja migran dalam aktiviti sempena Hari Kebangsaan di Pusat Rekreasi Kranji semalam.

Aktiviti dianjurkan sebagai menggalakkan pekerja migran kembali menggunakan kemudahan itu di situ selepas Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat). Ia dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Tenaga Manusia (MOM), JTC dan beberapa badan, termasuk inisiatif Welcome In My Backyard (Wimby), Tzu Chi Humanistic Youth Centre, Sama Sama, 24asia, Homeforall Migrants dan A Good Space.

Menurut penganjur, aktiviti yang dirancangkan dari 9 pagi hingga 5 petang itu diharap dapat memberi peluang kepada pekerja migran untuk merehatkan fikiran. Mereka juga berharap menggunakan peluang untuk menunjukkan bagaimana badan-badan daripada latar belakang berbeza boleh bersatu untuk menganjurkan aktiviti yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan para pekerja migran.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3