Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Kebangsaan papar keteguhan masyarakat SG

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan melibatkan sekitar 2,000 peserta dan antara pertunjukan baru disediakan adalah sebuah operasi menyelamat khas oleh anggota Pasukan Petugas Operasi Khas (SOTF)



Buat pertama kali dalam NDP, orang ramai akan dapat melihat anggota SOTF daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meletupkan jendela bas awam yang dirampas oleh pengganas di The Float@Marina Bay.



Anggota SOTF kemudian akan memecah masuk bas untuk menyelamatkan penumpang yang ditahan dalam bas itu.



Pertunjukan berlangsung sekitar seminit setengah itu adalah sebahagian Segmen Pertunjukan Pertahanan Mutlak, yang kali terakhir diadakan pada 2017. Ia juga akan menunjukkan operasi darat dan laut oleh Unit Penyelam Tentera Laut (NDU).



Lebih 500 peserta dan 50 aset dari agensi pertahanan Singapura termasuk Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) akan dilibatkan bagi pertunjukan berkenaan.



Antara kenderaan yang bakal ditunjukkan buat kali pertama pada NDP, adalah helikopter Chinook terbaru Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Kenderaan Tempur Berperisai (AFV) Hunter, Mesin Melawan Api Pumper SCDF dan Kereta Respons Pantas generasi terkini SPF.



Demikian diumumkan penganjur NDP dalam satu acara di landasan terapung Marina Bay semalam.



Ia mempunyai tema "Keteguhan Negara Kita." (gambar sisipan).



"Sepanjang pandemik Covid-19, ramai warga Singapura berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu satu sama lain, agar tiada yang ketinggalan," kata pengerusi perbarisan dan majlis NDP, Leftenan Kolonel Anthony Lau.



"Dan semangat ini lah, semangat Singapura, yang telah menyumbang kepada keteguhan negara kami tahun demi tahun," tegasnya.



Terdapat sebanyak 37 kontinjen fizikal dan virtual disediakan NDP tahun ini - membuatnya perbarisan terbesar sejak tiga tahun lalu dengan pihak penganjur bermatlamat mengembalikan sambutan berskala besar persis era sebelum Covid-19.



Ini termasuk kontinjen perarakan fizikal melibatkan lebih 850 peserta, yang terdiri daripada kumpulan beruniform sekolah dan pertubuhan sosial dan ekonomik, kembali berarak di NDP sejak dua tahun tidak hadir ekoran pandemik.



Tahun ini juga adalah sambutan ulang tahun ke-55 Perkhidmatan Negara (NS55) dan antara penghormatan yang diberi kepada mereka yang telah berkhidmat kepada NS adalah perarakan khas oleh kontinjen belia yang akan membuat bentuk NS55.



Malah, komander perbarisan tahun ini juga merupakan seorang pegawai anggota kerahan, Leftenan Kolonel (NS) Desmond Fu.



"Kami harus melakukan yang terbaik sebanyak mungkin untuk memastikan hidup seharian kami dapat dikekalkan dalam sekitaran yang selamat," katanya merujuk kepada kepentingan NS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >