AHLI majlis bandaran Parti Pekerja (WP) menuruti garis panduan untuk ‘memantau’ perbuatan ejen pengurusan.
Mereka tidak memberikan FM Services & Solutions (FMSS) kebebasan untuk meluluskan bayaran kepada diri sendiri, walau pemiliknya, How Weng Fan dan Danny Loh mendukung jawatan pengurusan utama dalam Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), kata peguam bela ahli AHTC Encik Chelva Rajah,
Perkara yang menjadi isu pada Rabu (10 Oktober) - hari keempat perbicaraan tindakan guaman sivil bernilai jutaan dolar yang bertujuan mendapatkan semula bayaran berlebihan kepada FMSS - ialah sama ada ahli majlis bandaran WP telah melaksanakan sistem pengawalan yang sewajarnya untuk menguruskan sebarang konflik kepentingan yang timbul.
Encik Rajah berkata bahawa kliennya telah berbuat sedemikian dan tidak boleh dianggap melakukan bayaran yang tidak wajar.