Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Keharmonian Kaum dedah pelajar di S'pura kepada berbilang budaya dan kaum

Jul 20, 2019 | 05:00 PM



Para pelajar di Singapura didedahkan kepada pelbagai aktiviti dan acara sempena sambutan Hari Kehamornian Kaum. Sambutan ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk melihat pakaian tradisional pelbagai etnik serta adat resam mereka. 


Di Sekolah Menengah Chua Chu Kang, para guru dan pelajar bergading bahu untuk mengadakan tiga majlis perkahwinan, iaitu masjli perkahwinan orang Melayu, India dan Cina. Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, turut hadir dalam sambutan di sekolah tersebut.


Setiap pelajar mengenakan pakaian etnik dan menghadiri ketiga-tiga majlis perkahwinan itu. Bagi majlis perkahwinan masyarakat Melayu, para pelajar didedahkan kepada adat resam orang Melayu seperti bertandang, persembahan silat pengantin, tepung tawar dan pemberian berkat. 


Para pelajar terlibat secara aktif dalam persembahan kompang dan silat. Mereka diberi peluang mengikuti bengkel yang diadakan oleh pihak EDN sebagai aktiviti di luar kurikulum mereka. Para pelajar mempelajari tentang konsep bergotong-royong yang wujud dalan masyarakat Melayu. Dengan pemahaman seperti ini, para pelajar lebih peka akan perbezaan yang ada dalan setiap bangsa. Mereka turut menghayati pelbagai persembahan yang menarik dan interaktif. 


Selepas menghadiri ketiga-tiga majlis itu, para pelajar turut membincangkan tentang isu-isu yang dapat mengancam keharmonian kaum di Singapura. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >