Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Keharmonian Kaum peringatan kepelbagaian di Singapura adalah kekuatan: Presiden Halimah, PM Lee

Jul 21, 2021 | 11:05 PM



HARI Keharmonian Kaum bukan sahaja satu acara dalam kalendar sekolah tetapi peringatan bahawa kerencaman Singapura adalah satu kekuatan dengan keharmonian harus terus disisipkan dan dibangunkan, kata pemimpin utama Singapura pada Rabu (21 Julai).



Presiden Halimah Yacob menulis di Facebook: "Kita mahu anak-anak kita menyedari bahawa kita hidup dalam masyarakat pelbagai kaum dan perbezaan antara kita adalah kekuatan dan sebab untuk diraikan. 



"Dengan mendedahkan mereka kepada nilai-nilai sebegini pada usia muda, kami berharap dapat membangun asas yang kuat bagi rasa empati dan pemahaman mereka tentang pelbagai kaum dalam masyarakat kita sepanjang kehidupan mereka."



Perdana Menteri Lee Hsien Loong akur bahawa hari ini diraikan setiap tahun "bukan untuk mengisytiharkan bahawa Singapura telah menghurai masalah ini tetapi untuk mengingatkan diri kita bahawa ini adalah sesuatu yang kita perlu terus usahakan secara gigih".



"56 tahun selepas kemerdekaan, isu perkauman kekal sebagai isu yang mendesak dan sensitif buat kita," tulis Encik Lee di Facebook.



21 Julai 1964 adalah hari pertama daripada dua rusuhan kaum yang berlaku dalam tempoh enam minggu di Singapura, yang selanjutnya membawa pada 36 kematian dan kecederaan buat lebih 500 orang tahun itu.



Peristiwa ini juga menjadi titik rujukan buat Encik Lee, yang berkata bahawa ia menunjukkan kepadanya apa yang mungkin boleh berlaku jika Singapura gagal menegakkan keharmonian kaum.



"Ia telah mencorak pandangan dunia saya," katanya lagi.



PM Lee menganggap keharmonian kaum sebagai proses berterusan yang berubah dan mengambil pada pelbagai aspek dan kesulitan setiap generasi. 



"Pada masa yang sama, perbincangan kita kian dipengaruhi oleh apa yang berlaku di tempat lain, dalam masyarakat yang sangat berbeza," jelasnya. 



Beliau juga mendapati sesetengah peristiwa berbaur perkauman yang menjadi tular baru-baru ini telah menimbulkan reaksi yang kuat dan proses menyelami jiwa sendiri tentang diskriminasi yang dialami pelbagai kumpulan di Singapura.



Sedang perdebatan awam yang timbul kadangkala menjadikan suasana tidak selesa, ia membantu dalam menyuarakan isu dan mengingatkan warga Singapura tentang kepentingan asas keharmonian kaum pada negara ini, tambah Encik Lee.



Pada 1998, Kementerian Pendidikan (MOE) mengisytiharkan 21 Julai sebagai Hari Keharmonian Kaum dengan sekolah-sekolah mengadakan kegiatan bagi mendidik pelajar tentang kaum dan nilai seperti menghormati perbezaan.



Cabarannya kini, kata Presiden Halimah, adalah bagi memastikan Hari Keharmonian Kaum tidak menjadi satu lagi acara di kalendar sekolah yang diraikan setiap tahun tetapi dengan sedikit pengertian sahaja.



"Baginya untuk benar-benar dianggap bererti, pihak sekolah perlu memikirkan bagaimana menyemai pengajaran nilai-nilai ini dalam kurikulum harian agar pelajar dapat lebih menghargai pengertian kerencaman dan mampu berbual sesama mereka secara bermakna tentang kaum dan agama dalam sekitaran yang selamat," jelas Puan Halimah.



Beliau berharap pelajar Singapura akan mendapati perjalanan persekolahan mereka lebih bermakna dan penuh nikmat menerusi interaksi bersama pelajar dari pelbagai kaum.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >