WARGA Singapura keluar mengundi pada Jumaat, 11 September, selepas Jabatan Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihanraya umum. Hari Penamaan calon jatuh pada Selasa, 1 September.
Tarikh yang lama dinantikan ini diumumkan, seiring Writ Pilihanraya yang dikeluarkan Presiden Tony Tan Keng Yam pada 4 petang Selasa (25 Ogos); selang sejam beliau membubarkan Parlimen.
Menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong menerusi laman Facebook peribadi:
"Saya mengadakan pilihanraya umum ini bagi memohon mandat anda bagi membawa Singapura selepas SG50, ke separuh abad seterusnya. Anda akan menentukan siapa yang akan memimpin Singapura bagi lima tahun mendatang. Lebih daripada itu, anda akan memilih pasukan yang bakal bekerjasama dengan anda bagi 15-20 tahun seterusnya; dan menentukan haluan Singapura bagi 50 tahun mendatang."