Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Pembelajaran di Rumah setiap 2 minggu di sekolah menengah, JC mulai penggal 3 2021

Dec 29, 2020 | 06:02 PM



MULAI penggal tiga tahun depan, kesemua sekolah menengah serta maktab rendah dan Institut Millennia (JC/MI) akan mempunyai hari pembelajaran di rumah (HBL) sekali dalam sekitar setiap dua minggu, bermula dengan beberapa peringkat pelajar.



Menjelang penggal empat 2022, kesemua peringkat pelajar di sekolah menengah dan JC/MI akan mempunyai Hari HBL. Ini di bawah satu model pembelajaran baru digelar Pembelajaran Teradun (Blended Learning) dengan HBL melengkapi pembelajaran di sekolah.



Untuk menyokong kaedah ini, semua pelajar sekolah menengah akan memiliki peranti pembelajaran peribadi (PLD) menjelang hujung 2021.



Mengumumkannya pada Selasa (29 Disember), Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata ramai pendidik telah melihat manfaat HBL dalam memupuk sikap positif dan berdikari dalam pembelajaran, setelah HBL dilaksanakan semasa tempoh pemutus litar Covid-19.



“Akan ada Hari HBL yang dijadual secara tetap bagi pelajar sepanjang penggal untuk membantu pelajar membangun pemikiran dan tabiat pembelajaran arah diri.



“Hari HBL akan merangkumi masa untuk pembelajaran kurikulum, serta masa dan ruang yang khas untuk pembelajaran yang diusaha pelajar sendiri, yang mana pelajar memburu minat mereka sendiri dan belajar di luar kurikulum,” kata Encik Wong.



Beliau berkata demikian semasa berucap di Upacara Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua di MOE pada Selasa (29 Disember), yang melihat 30 pendidik kanan bersara.



 



Butiran Hari HBL dan peruntukan peranti peribadi



- Hari HBL akan ditetapkan sekitar setiap dua minggu, tidak termasuk tempoh peperiksaan



- Bermula penggal 3 2020, bagi beberapa peringkat pelajar sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia. Semua peringkat jelang penggal 4 2022.



- HBL rangkumi sekitar 10% masa kurikulum (sekolah menengah), sekitar 10-20% (JC/MI)



- Kurang ‘berstruktur’ berbanding hari sekolah biasa, untuk beri ruang kepada pelajar untuk belajar sendiri



- Pihak sekolah akan tentukan subjek dan topik untuk dipelajari pada Hari HBL



- Pelajar yang berkeperluan tinggi, perlukan lebih bimbingan, dan mereka yang tidak mempunyai sekitaran sesuai di rumah boleh kembali ke sekolah pada Hari HBL



- Semua pelajar sekolah menengah akan memiliki Peranti Pembelajaran Peribadi (PLD) jelang 2021



- Peranti pelajar  akan dipasang dengan Aplikasi Pengurusan Peranti untuk sediakan sekitaran digital lebih terkawal



- Satu perintis skala kecil di lima sekolah rendah pada 2021 untuk murid darjah atasan, kaji penggunaan PLD di peringkat sekolah rendah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >