Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari pembelajaran di rumah setiap dua minggu mulai 2021

Dec 30, 2020 | 05:30 AM



MULAI penggal tiga tahun depan, sekolah menengah serta maktab rendah dan Institut Millennia (JC/MI) akan mempunyai hari pembelajaran di rumah (HBL) sekitar setiap dua minggu, bermula dengan beberapa peringkat pelajar.



Menjelang penggal empat 2022, kesemua peringkat pelajar di sekolah menengah dan JC/MI akan mempunyai Hari HBL. Ini di bawah satu model pembelajaran baru digelar Pembelajaran Teradun (Blended Learning) dengan HBL melengkapi pembelajaran di sekolah.



Untuk menyokong kaedah ini, semua pelajar sekolah menengah akan memiliki peranti pembelajaran peribadi (PLD) menjelang hujung 2021.



Mengumumkannya semalam, Menteri Pendidikan Lawrence Wong berkata ramai pendidik telah melihat manfaat HBL dalam memupuk sikap positif dan berdikari dalam pembelajaran, setelah HBL dilaksanakan semasa tempoh pemutus litar Covid-19.



Kementerian Pendidikan (MOE) juga akan menjalankan satu perintis skala kecil di lima sekolah rendah pada 2021 untuk murid darjah atasan, untuk mengkaji penggunaan PLD di peringkat sekolah rendah.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >