SINGAPURA akan lebih teguh jika penduduknya bersatu, tulis Menteri Pendidikan (Sekolah), Encik Ng Chee Meng, dalam sepanduk ikrar yang ditandatangani murid darjah empat di Sekolah Rendah Boon Lay Gardens.
Beliau menulisnya apabila mengunjungi sekolah itu bagi permulaan sambutan dua minggu Hari Keharmonian Kaum.