RIBUAN orang telah memenuhi padang di Stadium Negara semalam untuk menyertai acara sempena Hari Permainan Masyarakat Hab Sukan.
Acara utama yang menarik perhatian ialah sesi Zumba yang disertai oleh 3,248 peminat acara senam itu yang melibatkan pergerakan badan mengikut irama muzik bertenaga sebagai latar.