Hari pertama di dua pusat uji sendiri Covid-19 lancar, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:34
Maghrib
7:17
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Hari pertama di dua pusat uji sendiri Covid-19 lancar

Jun 21, 2021 | 10:26 PM

UJIAN swab wajib di dua pusat ujian pantas (QTC) pertama Singapura bermula tengah hari tadi (21 Jun) dengan bilangan kecil individu, kebanyakannya penjaja, diuji bagi Covid-19.
Ujian yang dilalui dilakukan sendiri dengan kakitangan QTC berada berdekatan untuk membantu jika perlu.

Pusat-pusat di Yishun Central dan Tekka Lane itu telah didirikan bagi individu yang bekerja dalam sekitaran berisiko tinggi.

Ujian berkala 14-hari bagi kumpulan individu ini akan bermula dari pertengahan Julai.

Di bawah rejimen tersebut, mereka yang bekerja di tempat dengan pelanggan yang tidak mengenakan pelitup, atau di mana terdapat kontak berpanjangan antara individu, harus diuji setiap dua minggu.

Ini termasuk pekerja di restoran, pendandan rambut, spa dan gimnasium.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

QTC telah didirikan untuk menyokong perniagaan kecil yang tidak dapat mengatur ujian swab yang dilakukan sendiri.

 

Lebih banyak pusat sedemikian akan dibangunkan.

Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) berkata, sekitar 50 orang diuji di setiap QTC hari ini.

Setiap QTC boleh menguji 1,000 individu sehari dan akan dibuka selama enam jam setiap hari. - The Straits Times

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map