Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Raya Haji di S’pura 31 Julai

Jul 21, 2020 | 08:25 PM



PENGISYTIHARAN awal Zulhijjah dan pengumuman tarikh Hari Raya Haji disampaikan dalam kenyataan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) hari ini (Selasa, 21 Julai).



Berikut disampaikan pengumuman Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam kenyataan itu.



Mengikut kiraan hisab, petang tadi (Selasa, 21 Julai), anak bulan Zulhijjah berada di atas ufuk Singapura selama 40 minit setelah terbenam matahari.



Oleh itu, awal bulan Zulhijjah bagi tahun ini, iaitu tahun 1441H, jatuh pada esok, Rabu bersamaan 22 Julai 2020.



Sukacita saya mengisytiharkan bahawa Hari Raya Haji atau Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah, jatuh pada hari Jumaat bersamaan 31 Julai 2020.



Saya mengajak umat Islam di Singapura untuk terus menghidupkan hari-hari yang suci ini dengan ibadat, ketaatan serta kebaikan.



Renungilah erti pengorbanan di sebalik Aidiladha yang akan kita sambut di dalam suasana yang masih mencabar yang memerlukan penyesuaian. Semoga anda semua diberikan ketabahan, kesejahteraan dan keselamatan.



Sekian. Wassalamualaikum Wr. Wb.



Dr Nazirudin Mohd Nasir



Mufti




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >