SATU petanda yang menunjukkan sesebuah masyarakat adalah sebuah masyarakat matang ialah bagaimana ia dapat mengurus perbezaan di kalangan anggota masyarakat berbilang kaum dan agama.
Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Penyelaras bagi Prasarana, Encik Khaw Boon Wan, berkata apa yang penting dalam menjana masyarakat matang itu ialah mencari ruang bersama dan dengan secara aktif meningkatkan lagi ruang bersama itu.