Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harmoni sosial harus terus dibaiki: Edwin

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura tidak boleh berfi-kiran bahawa keharmonian sosial dan perasaan saling percaya antara budaya dan agama di negara ini sentiasa dalam keadaan baik.



Sebaliknya, mereka perlu bertanya bagaimana keharmonian dan perasaan saling percaya itu boleh terus dipertingkat dan dikekalkan relevan, agar ia tidak berubah menjadi buruk.



Ini dinyatakan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, semasa berucap di majlis jamuan tengah hari harmoni anjuran Masjid Abdul Aleem Siddique semalam.



"Untuk mendapatkan semua orang yang berbeza dari segi kaum dan agama datang hari ini untuk menjamu selera bersama... adalah acara istimewa yang anda tidak dapat lihat di banyak tempat lain di dunia.



"Tetapi kita perlu tanya diri kita sendiri bagaimana kita boleh terus memperbaikinya (keharmonian). Jika kita berhenti bertanyakan soalan ini dan fikir bahawa kita agak baik dalam keharmonian sosial kita, kita boleh bergaul dan tidak kisah mengenai ketegangan yang timbul sekali sekala, ia boleh berubah menjadi keadaan buruk," ujar Encik Tong.



Beliau memberi contoh Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC), yang berusia 20 tahun, perlu disegarkan semula, terutama dengan ancaman baru yang boleh memecahbelahkan kaum. Ini termasuk ancaman berita palsu atau maklumat tidah sah dalam talian yang boleh menimbulkan kebencian dan keganasan terhadap satu sama lain.



Encik Tong juga menekankan keharmonian kaum bukan hanya satu slogan tetapi cara hidup yang perlu diamalkan setiap warga Singapura.



"Contohnya Hari Keharmonian Kaum yang bakal kita sambut bulan depan. Itu bukan sesuatu yang harus disambut sehari sahaja dan pada hari lain kita melupakannya.



"Kita harus mengamalkannya setiap hari, jadikan ia cara hidup kita, sebagaimana kita mengamalkannya dalam majlis perayaan dan dalam kehidupan harian kita," katanya.



Beliau menambah bahawa Singapura mempunyai "sos rahsia" untuk membawa negara ini ke depan. Ini termasuk perkongsian fikiran dan hati yang sama.



"Saya percaya jika kita bersatu, kita tidak membiarkan ketegangan di seluruh dunia memecahbelahkan kita, negara ini akan mencapai SG100 dan seterusnya dengan lebih kuat lagi," katanya.



Jamuan itu dihadiri sekitar 150 orang, termasuk penduduk, pemimpin agama, dan anggota akar umbi. Turut hadir ialah mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Mohammad Alami Musa dan mantan Anggota Parlimen Dilantik, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali.



Selain jamuan tersebut, masjid itu mengadakan kursus media bagi belia untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keharmonian sosial dan menggunakan alat dan platform media sosial berkaitan bagi mempromosikan keharmonian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >