Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Harmoni yang dinikmati kini boleh berubah'

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH konflik berdarah lebih ganas daripada beberapa rusuhan kaum pada 1964 melibatkan orang Melayu dan Cina pernah tercetus di Singapura.



Ia melibatkan pertentangan antara masyarakat Hokkien dan Teochew pada Mei 1854 dan rusuhan berlaku lebih 10 hari. Dianggarkan lebih 400 orang terbunuh dan lebih ramai cedera dan kira-kira 300 rumah terbakar.



Menurut catatan sejarah, punca konflik itu ialah keengganan masyarakat Hokkien "menyertai angkatan lawan untuk membantu pemberontak yang diusir dari Amoy - kini dikenali sebagai Xiamen - oleh tentera Maharaja China".



Menceritakan peristiwa itu semalam untuk menggambarkan identiti yang kelihatan stabil yang dipandang sambil lewa oleh rakyat Singapura tidak semestinya tidak boleh berubah, Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata:



"Kita tidak boleh mengandaikan keharmonian yang kita nikmati sekarang kukuh, apatah lagi berkekalan.



"Ia seolah-olah sangat menghairankan kepada kita hari ini, tetapi baru sahaja 150 tahun lalu, identiti puak, atau lebih tepat 'dialek' dalam kalangan orang Cina di Singapura, serta di China, mengatasi identiti kaum, budaya dan nasional mereka sebagai orang Cina.



"Atau pertimbangkan ini: nasionalisme Singapura (dan nasionalisme Malaya yang mendahuluinya) mendapat inspirasi daripada nasionalisme berasingan bagi kaum komponen Singapura.



"Jika tidak ada Revolusi China (1911 dan 1949); jika tidak ada gerakan nasional India yang membawa kepada kemerdekaan India dan Pakistan pada 1947; jika tidak ada Revolusi Indonesia yang membawa kepada kemerdekaan pada 1948 - tidak ada warga Singapura (Cina, Melayu atau India) terfikir kemungkinan mengadakan nasionalisme keSingapuraan."



Merumus, Encik Wong berkata wajar rakyat negara ini mengingatkan diri mereka betapa kaum di sini berpecah belah sekurun dua lalu.



"Malah, identiti mantap yang kita kini ambil sambil lewa - Cina, Melayu, India; belum lagi identiti keSingapuraan - tidak stabil sama sekali," katanya di persidangan tentang identiti anjuran Institut Pengajian Dasar (IPS) dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), yang membincang tentang peningkatan semangat berpuak, atau tribalisme, dan politik identiti dan bagaimana ia akan menjejas Singapura, semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >