ENCIK Burhan Mohamed, waris kelima dan tertua yang masih hidup daripada keturunan Syekh Muhammad Arsyad Al-Banjari, ulama tersohor Nusantara, telah mendapatkan khidmat seorang peguam bagi "menggali" dan menjaga kepentingan saki baki harta pusaka peninggalan turun-temurunnya di sini dan di Makkah.
Harta pusaka itu termasuk yang ditinggalkan oleh dua orang kaya Banjar - Allahyarham Haji Jamal Mohd Ali dan Allahyarham Osman Abu Naim - yang menguasai perdagangan intan berlian di sini dalam 1980-an.