Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Hartanah wakaf 6 tingkat jana hasil jutaan dolar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN: PEMINDAHAN ASET WAKAF KE HARTANAH KOMERSIAL DI BEACH ROAD

Hartanah wakaf 6 tingkat jana hasil jutaan dolar

Masagos jelaskan pemindahan aset wakaf, termasuk wakaf asal milik Haji Pitchay Meerah Hussain, penuhi niat wakif
Jul 07, 2021 | 05:30 AM

MEMBERI perincian tentang wakaf di 11 Beach Road itu, Encik Masagos berkata hartanah wakaf di tapak tanah seluas 714 meter persegi itu merupakan sebuah hartanah komersial setinggi enam tingkat dengan ruang yang boleh disewakan seluas 3,202 meter persegi.

Bangunan itu dibeli hasil daripada penjualan bersama 43 aset wakaf, ujar Encik Masagos.

Pada 22 Jun lalu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyatakan ia telah memindahkan harta wakaf asal milik Haji Pitchay Meerah Hussain ke sebuah harta komersial dengan tempoh pajakan 999 tahun di 11 Beach Road pada 2002 untuk memenuhi tujuan asal wakaf tersebut.

Semalam, Encik Masagos berkata hartanah asal di Nombor 5 Lorong 9 Geylang dijual dan dipindahkan kepada pihak luar dengan tempoh pajakan 199 tahun, di mana pemajak itu kemudian perlu mematuhi peraturan zon oleh pihak berkuasa.

Dalam tempoh ini, hartanah wakaf berkenaan terletak di 11 Beach Road.

"Aturan ini membolehkan wakaf mengembangkan asetnya dalam jangka panjang. Wakaf itu akan mempunyai dua aset di hujung tempoh pajakan - bahagian hartanah sekarang di 11 Beach Road, dan hartanah asal," kata Encik Masagos.

Dalam kenyataan sebelum ini, Muis berkata bangunan asal yang terletak di No 5 Lorong 9 Geylang, berada dalam keadaan usang dan tidak menjana sebarang pendapatan.

Hartanah di 11 Beach Road pula ialah bangunan setinggi enam tingkat.

Antara lain, Warees Investments Pte Ltd dan Wareesan Management Pte Ltd - cabang pelaburan dan pengurusan aset Muis - mempunyai pejabat di situ.

Konsep wakaf Istibdal - yang turut diamalkan di negara Muslim - telah digunakan dalam pemindahan aset harta wakaf ini, ujar Muis.

Muis membuat kenyataan itu menyusuli satu catatan media sosial mengenai pengurusan wakaf Haji Pitchay Meerah Hussain yang telah tersebar dalam talian baru-baru ini yang mendakwa wakaf tersebut telah diuruskan secara salah oleh Muis.

Catatan itu juga diiringi gambar sebuah kuil Cina yang dikatakan berada di alamat asal wakaf tersebut.

Dalam kenyataan yang diterbitkan di laman webnya, Muis berkata dakwaan itu adalah palsu.

Ia juga berkata ia sedang berusaha menghubungi ahli keluarga wakif yang masih hidup untuk meyakinkan mereka bahawa hasrat wakif masih lagi ditepati dan niat yang lebih meluas di sebalik penciptaan Wakaf akan terus dipenuhi.

"Muis menilai bahawa ini merupakan alternatif terbaik dan paling dekat untuk memenuhi keperluan wakif, memandangkan harta asal tidak lagi dapat digunakan sebagai madrasah.

"Muis berpendapat bahawa jika dibiarkan dalam keadaan dan lokasi asalnya, niat wakif untuk membuat wakaf tidak dapat dicapai," jelas Muis.

Wakif ialah orang yang meninggalkan wakaf.

Setelah pemindahan ke bangunan enam tingkat itu, Muis berkata ia mampu mengagihkan hasil daripada wakaf ke madrasah sepenuh masa, sesuai dengan niat asal wakif.

Menurut Muis, sepanjang tujuh tahun lalu, wakaf tersebut telah mengagihkan lebih $200,000 kepada Madrasah Al-Maarif, Madrasah Alsagoff dan Madrasah Wak Tanjong.

Di bawah Undang-Undang Pentadbiran Islam (Amla), Muis ditugaskan untuk menguruskan semua wakaf di Singapura untuk memastikan bahawa harta wakaf kekal berdaya maju dan pulangan dimaksimumkan bagi penerima yang dimaksudkan.

Ini dilakukan di bawah nasihat Jawatankuasa Fatwa yang telah memberi bimbingan berhubung kebolehlaksanaan pembangunan semula wakaf serta pemindahan aset, yang dikenali sebagai wakaf istibdal, kata Muis.

Wakaf istibdal juga diamalkan di negara-negara Islam lain, sebagai strategi untuk memastikan objektif asal wakaf dicapai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3