Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harus sepadukan universiti dengan ekosistem sosial, perniagaan dan industri

Feb 11, 2022 | 05:30 AM



UNIVERSITI tempatan perlu disepadukan dengan lebih mendalam kepada ekosistem sosial, perniagaan dan industri yang lebih luas dalam masyarakat.



Ini akan membantu universiti lebih memahami cabaran yang dihadapi masyarakat, industri dan dunia, agar dapat mengaplikasikan kemahiran, idea dan pengetahuan bagi menghasilkan huraian lebih baik untuk Singapura dan dunia.



Demikian dinyatakan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam ucaptamanya di Forum Pendidikan The Straits Times 2022 tentang peranan universiti yang berkembang, semalam.



"Kita mempunyai tanggungjawab untuk memimpin bagi membantu menghubungkan, bekerjasama dan mencipta," kata Enck Chan ketika menerangkan tentang pentingnya universiti sebagai penghubung untuk bekerjasama dan mencipta nilai.



Justeru, Encik Chan menggalak Universiti Teknologi Nanyang (NTU) agar tidak melihat diri mereka sebagai sekadar sebuah universiti di Jurong, tetapi bercita-cita mempunyai DNA-nya, iaitu inovasi dan perusahaan dalam semua industri dan syarikat di Jurong - menjadikan universiti itu sistem saraf dan mangkin transformasi Jurong.



Bagi Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Encik Chan berkata ia mesti membezakan dirinya sebagai sempadan untuk reka bentuk teknologi, menggunakan bahagian timur Singapura dengan tumpuannya pada digital dan reka bentuk sebagai batu loncatan kepada dunia.



"Dengan universiti berada 'dalam masyarakat, bersama masyarakat, untuk masyarakat,' kita akan lebih berupaya menarik bakat dunia untuk menyatukan tangan, hati dan kepala kita bersama-sama untuk mencipta masa depan mengujakan," kata Encik Chan.



Selain berhubungan lebih baik dengan masyarakat, beliau berkata universiti juga perlu lebih terhubung kepada dunia dan industri untuk kekal relevan, bersatu dan terbuka.



Tetapi universiti juga perlu melakukan lebih banyak untuk bekerjasama dengan satu sama lain dan melanjutkan kekuatan satu sama lain.



Encik Chan turut menyentuh tentang pentingnya warga Singapura mempunyai keyakinan dalam diri sendiri sebagai individu dan rakyat, serta dalam sumbangan kepada masyarakat dan dunia.



Beliau berkata sedang warga Singapura dikagumi bagi nilai dan kecekapan mereka, pelajar boleh dibantu meluahkan diri mereka supaya bakat mereka lebih dihargai.



Mereka juga boleh dibantu memahami dan menghargai kepelbagaian dunia dengan lebih baik.



"Kami akan terus meningkatkan peluang untuk rakyat kita didedahkan kepada kemahiran dan perspektif sedemikian, melebihi pendidikan formal atau sistem universiti," kata Encik Chan.



Beliau menambah bahawa warga Singapura juga perlu mempunyai keyakinan untuk melakar nasib sendiri berdasarkan pencarian pragmatik dan berdisiplin bagi apa yang terbaik untuk rakyat sesuai dengan konteks, dan menentukan cara hidup kita berdasarkan set nilai kita sendiri.



Keyakinan juga perlu datang daripada memahami sumbangan seseorang itu kepada masyarakat, katanya.



"Universiti, setelah mengambil yang terbaik dalam kalangan mereka yang cenderung ke arah akademik, sudah pasti diharap melahirkan pelajar yang boleh berjaya dalam hidup. Tetapi ini tidak cukup.



"Universiti juga mesti terus menerapkan pemikiran bahawa pelajar mesti mentakrifkan kejayaan melebihi diri mereka sendiri.



"Bahawa dengan peluang yang mereka ada, mereka harus dan mesti berusaha membolehkan kejayaan bagi masyarakat yang lebih luas, untuk Singapura dan untuk generasi akan datang," kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >