Hasil jualan mi rebus $1 diderma untuk bantu pesakit barah
Penjaja makanan salur semua hasil jualan esok kepada Persatuan Ain untuk balas budi kerana bantu beliau semasa susah
Dec 27, 2019 | 05:30 AM
CIK Julina Ahmad menyambut hari jadinya ke-48 tahun esok, tetapi beliau tidak mengharapkan sebarang hadiah.
Sebaliknya, penjaja makanan itu berhasrat menjual sepinggan mi rebus pada harga $1, berbanding harga biasa $3 - dan menderma hasilnya kepada pesakit barah.