Hasil kerjasama rangakaian M³, ECDA yakin dapat dekati lebih ramai kanak-kanak, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

FOKUS PERTAMA M³: Perkahwinan; Keibubapaan; Pembangunan awal kanak-kanak

Hasil kerjasama rangakaian M³, ECDA yakin dapat dekati lebih ramai kanak-kanak

Apr 27, 2019 | 05:30 AM

MENERUSI kolaborasi dengan rangkaian M Kuasa Tiga (M³), Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) melahirkan rasa positif bahawa jumlah kanak-kanak yang didekati di bawah program Mendekati Prasekolah akan bertambah.

Demikian menurut jurucakap ECDA apabila ditanya Berita Harian tentang jumlah sasaran hasil kerjasama ini.

"Hasil kolaborasi dengan M³, serta kerjasama dengan agensi mendekati prasekolah termasuk Yayasan Mendaki, kami mungkin akan dapat mendekati lebih daripada 500 hingga 600 kanak-kanak.

"Selain itu, kami juga dapat menawarkan sokongan yang diperlukan untuk memastikan anak mereka didaftar ke prasekolah selain memastikan kanak-kanak itu kerap hadir ke sekolah," kata jurucakap ECDA.

Dari 2016 hingga 2018, program Mendekati Prasekolah telah mendekati sekitar 500 hingga 600 kanak-kanak setiap tahun.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pada November tahun lalu, enam pertubuhan telah dilantik ECDA sebagai agensi mendekati masyarakat bagi program ini dan Yayasan Mendaki merupakan antara pertubuhan tersebut.

Di bawah program ini, Yayasan Mendaki akan bekerjasama rapat dengan ECDA serta pengendali prasekolah seperti NTUC First Campus, untuk membantu keluarga berpendapatan rendah sekiranya mereka memerlukan bantuan berkaitan prasekolah.

Para pegawai yang mendekati keluarga ini kemudian akan memastikan kanak-kanak itu menghadiri sekolah secara kerap.

Ini disifatkan sebagai menghadiri sekolah sebanyak 70 peratus bagi sekurang-kurangnya empat minggu berturut-turut.

"Menghadirkan diri ke prasekolah adalah penting untuk membantu kanak-kanak terutama mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, memperbaiki hasil pembelajaran dan pembangunan mereka di samping mempersiap mereka bagi tahun-tahun mendatang," tambah jurucakap ECDA itu lagi.


"Hasil kolaborasi dengan M³, serta kerjasama dengan agensi mendekati prasekolah termasuk Yayasan Mendaki, kami mungkin akan dapat mendekati lebih daripada 500 hingga 600 kanak-kanak. Selain itu, kami juga dapat menawarkan sokongan yang diperlukan untuk memastikan anak mereka didaftar ke prasekolah selain memastikan kanak-kanak itu kerap hadir ke sekolah... Menghadirkan diri ke prasekolah adalah penting untuk membantu kanak-kanak terutama mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, memperbaiki hasil pembelajaran dan pembangunan mereka di samping mempersiap mereka bagi tahun-tahun mendatang.
- Jurucakap ECDA.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map