Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasil perkilangan SG merosot Sept disebabkan pengeluaran biomedikal lebih lemah

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



HASIL keluaran perkilangan Singapura merosot bulan lalu selepas mencatatkan pertumbuhan buat 10 bulan berturut-turut, disebabkan pengeluaran biomedikal yang lebih lemah.



Menurut data Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) semalam, keluaran pengilangan merosot 3.4 peratus pada September berbanding tempoh sama tahun lalu selepas kenaikan 11 peratus pada Ogos.



Tidak termasuk pengilangan biomedikal, keluaran tumbuh 9.4 peratus pada September.



Sektor elektronik utama tumbuh 4.9 peratus - lebih perlahan daripada pertumbuhan 15.4 peratus pada Ogos.



Selain daripada bahagian komputer dan simpanan data, semua segmen mencatatkan pertumbuhan.



Kelompok elektronik berkembang 17.7 peratus pada tempoh Januari hingga September, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



Keluaran sektor pengilangan biomedikal mengecut 35.9 peratus, berikutan kejatuhan 1.7 peratus pada bulan sebelumnya.



Sementara segmen teknologi perubatan tumbuh 2.4 peratus di tengah-tengah permintaan eksport yang terus rancak bagi alat perubatan, keluaran farmaseutikal menjunam 46.2 peratus ekoran campuran bahan farmaseutikal aktif yang berlainan berbanding setahun lalu.



Keluaran pengilangan umum juga menguncup 2.7 peratus.



Segmen industri yang lain tumbuh 21 peratus, berbanding bes rendah pada tahun lalu apabila permintaan untuk bahan berkaitan binaan dijejas oleh Covid-19.



Sejajar itu, segmen cetakan merosot 14.5 peratus manakala segmen makanan, minuman dan tembakau menguncup 16 peratus.



Pengeluaran produk susu juga lebih rendah kerana penutupan loji untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan permintaan eksport lebih lemah.



Secara keseluruhan keluaran pengilangan umum berkembang 6.8 peratus pada sembilan bulan pertama pada 2021, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



EDB juga menjelaskan tahap kegiatan di firma aeroangkasa dan limbungan kapal telah meningkat berbanding tahun lalu apabila jumlah tugasan terjejas oleh sekatan pergerakan antarabangsa dan pasaran minyak dan gas global yang lemah ekoran pandemik Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >