Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasil Siasatan: Proses pengiktirafan halal Muis adil, tidak berat sebelah

Dec 15, 2020 | 03:42 PM



PROSES pengiktirafan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) didapati berfungsi dengan baik dan dilakukan secara adil dan tidak berat sebelah.



Demikian dapatan hasil siasatan Muis  berhubung tuduhan yang dibuat terhadap proses pengiktirafan FHCB.

“Oleh itu, sebarang tuduhan mendakwa salahguna kuasa oleh pegawainya tidak berasas.



“Muis komited mengekalkan tahap halal tertinggi dalam memenuhi keperluan diet keagamaan pengguna Muslim Singapura dan akan melakukan semakan menyeluruh  terhadap kerangka pengiktirafan FHCBnya, dengan kerangka semakan itu akan dilaksanakan pada akhir 2021,” jelas Muis dalam satu kenyataan hari ini (15 Disember).



Isu pengiktirafan FHCB mula timbul selepas sebuah laporan diterbitkan pada 22 April lalu oleh sebuah laman berita dalam talian berpangkalan di Hong Kong yang mendakwa Muis bersikap berat sebelah terhadap pihak tertentu dalam proses mengiktiraf FHCB.



Beberapa lagi laporan kemudian dikeluarkan oleh laman berita itu termasuk laporan yang dikatakan mengandungi dakwaan tidak tepat berhubung siasatan mengenai FHCB.



Dalam kenyataan hari ini, Muis juga menyatakan bahawa demi  kebertanggungjawapan dan ketelusan, ia telah merujuk perkara itu kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan akan membantu sepenuhnya siasatan berhubung perkara tersebut.



Oleh kerana siasatan menunjukkan kemungkinan maklumat rasmi telah didedahkan secara umum, Muis menyatakan bahawa ia telah juga membuat laporan polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >