Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasil video latih pegawai guna pistol baru

Apr 20, 2022 | 05:30 AM



SEDANG pegawai barisan depan polis dilatih semula untuk beralih daripada menggunakan pistol Revolver kepada pistol Glock 19 Gen 5 sehingga menjelang hujung 2023, Penolong Superintenden (ASP) Muhammad Faizal Baharin daripada Biro Narkotik Pusat (CNB), telah merajinkan diri menyediakan kandungan pembelajaran visual bagi membolehkan pegawainya membuat peralihan itu dengan mudah.



ASP Faizal, 42 tahun, merupakan antara 15 jurulatih sambilan senjata api yang ditugaskan melatih semula pegawai CNB membuat penyesuaian itu dan membina kemahiran mereka mengendalikan pistol baru tersebut yang diumumkan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam Seminar Pelan Kerjanya Jun tahun lalu.



Antara lain, beliau telah merakam video yang menerangkan cara-cara mengendali pistol tersebut, bagaimana untuk meletaknya dalam keadaan selamat atau 'Safe,' menyenaraikan ciri-ciri dan bahagiannya serta video latihan kemahiran menembak atau marksmanship.



"Kami memutuskan menghasilkan video tersebut berdasarkan maklum balas oleh pegawai kami, kerana mereka menyatakan ia lebih baik jika mereka mempunyai sedikit pendedahan terhadap senjata baru itu sebelum datang ke kelas latihan," kata ASP Faizal.



Beliau menjelaskan latihan semula senjata tersebut merangkumi pegawai baru dan juga pegawai yang sudah berpengalaman lama.



"Bayangkan terdapat sebahagian pegawai kami yang mungkin dalam beberapa tahun nanti akan pencen.



"Jadi kami harus membuat peralihan itu semudah mungkin buat semua pegawai," kata ASP Faizal ketika ditemui semasa persidangan di Akademi Home Team semalam.



Beliau dinobat Jurulatih Terbaik Home Team (HT) tahun lalu bagi kategori individu, jurulatih sambilan dalam penyampaian Anugerah Cemerlang Latihan HT November lalu atas sumbangannya itu.



Setiap latihan bagi pistol Glock 19 Gen 5 itu merangkumi setengah hari pembelajaran teori dalam kelas, setengah hari kelas praktikal dan dua lagi hari latihan menembak dan praktikal, menurut pegawai berpengalaman 21 tahun itu.



Pistol berkenaan berupaya menampung lebih banyak peluru; iaitu tiga kali ganda berbanding Revolver Taurus M85, yang telah digunakan polis sejak 2002.



ASP Faizal telah dilantik sebagai jurulatih senjata api sambilan CNB sejak 2007. Beliau dan pasukannya telah menerajui kurikulum kursus peralihan pistol tersebut.



Menunjukkan video-video yang dihasilkan beliau kepada wartawan, ia dilengkap dengan kod QR yang dimuatkan di dalam halaman persembahan bagi pelatih.



Semasa peringkat latihan dalam kelas, beliau menjelaskan pelatih akan mengimbas kod QR tersebut untuk menonton video berkenaan supaya jurulatih tidak perlu memuatkan pautan atau rakaman video itu dalam persembahan mereka - yang sebaliknya boleh menyebabkan gangguan teknikal seperti rangkaian internet yang kurang memadai.



"Lagi pun semua orang ada handphone kan sekarang, jadi bila pelatih sedang menonton video itu, kami akan memberi penerangan secara langsung kepada mereka," tambah ASP Faizal lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >