Hasrat jejak nenek moyang di Bawean tak kesampaian
Datuk maut akibat terkena botol kaca yang dibuang dari kondo di Spottiswoode Park
Aug 22, 2019 | 05:30 AM
BELIAU sepatutnya mengunjungi Pulau Bawean, Indonesia, bersama isteri dan saudara-maranya bulan depan untuk 'menjejaki' tempat asal arwah nenek moyang mereka.
Belum sempat beliau kembali ke kampung nenek moyangnya, Encik Nasiari Sunee meninggal dunia Isnin lalu.