Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasrat jururawat Muslimah pakai tudung bukan soal identiti: Shanmugam

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



KEPUTUSAN Pemerintah membenarkan jururawat Muslimah memakai tudung bukanlah disebabkan oleh penampilan identiti tetapi lebih kepada memenuhi tuntutan agama, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, semalam.



"Saya tidak berasakan keinginan wanita Muslim untuk memakai tudung sebagai satu kemahuan dalam penampilan identiti.



"Anda tahu adanya permintaan yang sah, tanggungjawab yang dirasakan oleh golongan beragama, wanita berasakan mereka ingin memakai tudung," katanya dalam sesi soal jawab semasa merasmikan Kuliah Unggul S R Nathan secara maya anjuran Institut Timur Tengah (MEI), Universiti Nasional Singapura (NUS), yang menampilkan Penolong Menteri bagi Ehwal Kebudayaan Amiriah Arab Bersatu (UAE), Encik Omar Saif Ghobash, yang membincangkan isu tentang negaranya dan keadaan semasa di rantau Timur Tengah.



Menjelaskan lebih lanjut sebagai menjawab soalan hadirin tentang langkah membenarkan pemakaian tudung bagi jururawat Muslimah, Menteri Undang-Undang itu berkata, pemerintah amnya tidak menyekat pemakaian tudung dalam sektor awam atau swasta.



"Dalam beberapa bidang di mana pakaian seragam diperlukan, terdapat beberapa aturan tetapi apabila ia dilihat sesuai dan keizinan perlu diberikan, kami melakukannya," terang Encik Shanmugam lagi.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan semasa Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ogos lalu tentang langkah pemerintah mengizinkan jururawat Muslim memakai tudung sebagai sebahagian daripada pakaian seragam mereka.



Kelmarin, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan fatwa bagi wanita Islam yang ingin berbuat demikian dalam konteks pekerjaan berpakaian seragam.



Dalam konteks memenuhi tuntutan agama sebagai wanita Muslim, fatwa itu akur "Orang Islam digalakkan untuk berusaha sedaya mungkin untuk mengikuti ajaran Islam", menurut fatwa tersebut.



Bagaimanapun jelas Encik Shanmugam, tiada pengecualian bagi pasukan berpakaian seragam lain seperti polis dan tentera.



"Ia sukar untuk membuat pengecualian tetapi selepas mempertimbangkannya secara mendalam, membincangkannya dengan masyarakat, dengan pemimpin agama, pandangannya ialah langkah ini perlu dilakukan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >