Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Hasrat ke Johor dibatal dek belum dapat pasport baru

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



HAJAT merentas sempadan untuk berjalan-jalan di bazar Raya di Johor semasa bulan puasa ini terpaksa dibatalkan pasangan suami isteri, Cik Nur Hafizah Roslan dan Encik Muhammad Syafiq Tuah, yang masih lagi menantikan pasport baru mereka.



Pasangan itu merupakan antara warga Singapura yang perlu menanti lebih lama untuk mendapatkan pasport baru mereka, ekoran bilangan permohonan pasport yang tinggi menyusuli pengumuman pembukaan semula sempadan Singapura pada 1 April lalu bagi semua pengunjung yang telah jalani vaksinasi penuh Covid-19.



Cik Hafizah, 28 tahun, berkata beliau sebenarnya telah memohon pasport baru sebelum berita pembukaan semula sempadan Singapura diumumkan, malah pasport barunya itu sudah pun siap.



Bagaimanapun, beliau perlu menunggu selama sebulan untuk mengambil pasport barunya pada 7 Mei kerana slot tarikh yang lain sudah penuh.



Suami beliau pula telah memohon pasport baru sekitar tiga minggu lalu, namun sehingga hari ini permohonannya masih diproses.



"Memang kami ada rancangan untuk keluar Singapura dan kunjung bazar di Johor semasa Ramadan ini.



"Kami mahu kunjung bazar di Plaza Angsana dan satu tempat lagi. Tetapi apalah nasib," kata Cik Hafizah, seorang pegawai pentadbiran.



Awal bulan ini, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata warga Singapura yang memohon pasport baru, boleh menjangkakan masa proses lebih lama sekurang-kurangnya satu bulan.



ICA menerima sekitar 6,000 permohonan setiap hari, purata tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pra-Covid-19 dua tahun lalu, iaitu 2,000 permohonan.



Cik Hafizah berkata tarikh luput pasport lamanya adalah pada Mei 2020, namun disebabkan pandemik Covid-19 dan juga kerana sibuk merancang majlis perkahwinannya pada 2021, beliau menangguh rancangan untuk mendapatkan pasport baru.



Encik Muhammad Syafiq, pula telah memohon pasport baru sekitar tiga minggu lalu kerana hilang pasport lamanya, tetapi tidak sangka perlu menunggu begini lama untuk mendapatkan yang baru.



Walaupun perlu membatalkan semua rancangan keluar negara buat masa ini, Cik Hafizah berkata beliau dan suami sudah ada rancangan untuk melakukan kembara jalan raya, atau 'road trip' ke Kuala Lumpur atau Desaru apabila mereka berdua mendapat pasport baru kelak.



Sejak 1 April lalu, warga Singapura yang sudah mengambil vaksin sepenuhnya boleh melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia melalui darat, termasuk dengan memandu dan menaiki pengangkutan awam, tanpa ujian atau kuarantin.



"Memang ini rancangan kami dan lagipun kami tidak perlu jalani kuarantin atau lakukan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) jika melakukan perjalanan ke Malaysia melalui darat," kata beliau, yang baru mendirikan rumah tangga dengan Encik Muhammad Syafiq Januari lalu.



ICA sebelum ini menasihatkan rakyat Singapura yang mempunyai rancangan melakukan perjalanan dalam beberapa bulan akan datang dan perlu memperbaharui pasport mereka, supaya berbuat demikian lebih awal. Ini boleh dilakukan melalui laman webnya. Yuran permohonan ialah $70.



Setelah pasport siap, pemohon akan dimaklumkan dan mereka boleh membuat janji temu untuk mengambilnya di mana-mana 27 pejabat pos yang ditetapkan tanpa perlu membayar yuran tambahan.



ICA menambah warga Singapura yang tidak mempunyai rancangan melakukan perjalanan ke luar negara dalam enam bulan mendatang tidak perlu terburu-buru memperbaharui pasport mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >