BERBEKALKAN kemahiran berdagang, mencanai dan menggilap intan berlian yang diwarisi zaman-berzaman di Kalimantan Selatan, kaum Melayu Banjar merantau ke sini pada kurun ke-19 sehingga dapat menguasai pasaran setempat dan disegani peniaga bukan Melayu.
Hasil kegiatan yang sekali gus menyumbang besar kepada ekonomi negara itu, mereka menjadi kaya raya dan kemudian melabur dalam sektor hartanah.