Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasrat naik pelamin bulan depan tidak kesampaian

Jan 17, 2020 | 05:30 AM



KURANG sebulan sebelum beliau mendirikan rumah tangga, seorang jururawat berusia 28 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Allahyarhamha Fadhilah Hussain, yang sedang menunggang motosikal, terlibat dalam nahas jalan raya itu semasa dalam perjalanan ke rumah selepas syifnya.



Allahyarham yang mempunyai ijazah bidang kejururawatan dari Universiti Manchester bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH).



Sepupunya, Encik Sujad Misworthy, 50 tahun, berkata Allahyarhamha telah ke bangunan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dari tempat tugas untuk mendapatkan pasport barunya sebagai persiapan untuk berbulan madu ke Eropah.



Allahyarhamha, yang berpengalaman tiga tahun menunggang motosikal, kemudian meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Yishun di mana beliau terlibat dalam kemalangan tersebut.



"Kami sekeluarga tidak sabar melihatnya bernikah pada bulan depan... tapi ini pula berlaku.



"Sepupu saya itu seorang yang pendiam, baik dan patuh pada orang tuanya," kata Encik Sujad.



Allahyarhamha Cik Fadhilah dijadual bernikah dengan tunangnya Encik Fazly Rahim, 26 tahun, pada 22 Februari.



Encik Fazly enggan mengulas lanjut apabila dihubungi Berita Harian (BH) semalam.



Menjawab pertanyaan BH, polis berkata ia diberitahu tentang kemalangan motosikal di Yishun Avenue 8 menghala ke Yishun Street 44 pada 5.25 petang pada Selasa.



Setibanya di situ, polis mendapati penunggangnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Allahyarhamha Fadhilah dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat, di mana beliau diisytiharkan meninggal dunia.



Abang Allahyarhamha Encik Shariff Hussain, 54 tahun, berkata tulang pelvis Allahyarhamha patah dan beliau mengalami kecederaan dada.



Tambah abangnya, Allahyarhamha Cik Fadhilah, juga anak bongsu dalam keluarga 10 beradik, dikebumikan malam kelmarin



Sejurus selepas kemalangan itu, seorang lagi sepupu Allahyarhamha Fadhilah, Encik Ariff Mahat, 29 tahun, telah menerbitkan pos di laman media sosial untuk memohon saksi supaya tampil.



Beliau yang menggunakan nama akaun 'Arep Stoner' juga telah memuat naik gambar arwah Cik Fadhilah bersama motosikal Honda CB150R-nya yang berwarna hijau.



Dalam catatan itu, Encik Ariff menulis: "Saya ingin mendapatkan bantuan saksi bagi satu kemalangan yang berlaku pada 14 Januari di Yishun Avenue 8 menghala ke Sembawang (selepas Yishun Dam).



"Adik saudara saya terlibat dalam kemalangan sekitar 5 petang. Ia dipercayai sebagai kemalangan langgar lari."



Siasatan masih dijalankan, kata polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >